Topik diikuti
Pergi ke BHkuLelaki ditangkap, didakwa lastik guli terhadap burung, rosakkan tingkap
Lelaki ditangkap, didakwa lastik guli terhadap burung, rosakkan tingkap
Lelaki ditangkap, didakwa lastik guli terhadap burung, rosakkan tingkap
Seorang lelaki berusia 56 tahun akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan melakukan tindakan terburu-buru selepas dia ditangkap kerana didakwa melastik burung dengan guli hingga merosakkan tingkap.
Dalam satu kenyataan pada 2 Ogos, polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kerosakan pada tingkap bilik tidur sebuah unit di Blok 664 Woodlands Ring Road pada 28 Julai.
“Kerosakan itu dipercayai berpunca daripada hentaman objek yang diluncurkan,” kata polis.
Susulan siasatan pegawai dari Divisyen Polis Woodlands, suspek dikenal pasti dan ditangkap pada 1 Ogos.
Siasatan menunjukkan bahawa lelaki itu telah menggunakan lastik untuk menembak guli ke arah burung di kawasan tersebut, dengan sebiji guli terkena tingkap unit berkenaan dan menyebabkan kerosakan.
Polis merampas satu lastik serta pelbagai jenis guli dan batu kecil.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada 3 Ogos atas kesalahan melakukan tindakan terburu-buru.
Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga $2,500, atau kedua-duanya sekali.