Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki hadapi tuduhan tendang polis semasa ditangkap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki hadapi tuduhan tendang polis semasa ditangkap

Jan 25, 2024 | 05:21 PM



Seorang lelaki diheret ke mahkamah pada 25 Januari dengan tuduhan menyerang seorang penjawat awam.

Haridas Ryan Peter, 49 tahun, didakwa menendang seorang pegawai polis semasa ditangkap selepas mengurung diri bersama temanitanya di flatnya di Sembawang.

Dia dikatakan menendang tangan kanan dan pinggul seorang sarjan konstabel khas berusia 22 tahun di tempat letak kereta di Sembawang Drive pada 23 Januari, lapor The Straits Times.


Dalam satu kenyataan sebelum ini, polis berkata mereka dimaklumkan mengenai satu kes serangan di Blok 462 di kawasan kejiranan yang sama pada kira-kira 9.15 malam hari itu.

Haridas dikatakan mengurung dirinya pada waktu itu di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bersama temanitanya, 52 tahun, apabila pegawai polis tiba di tempat kejadian.

Pegawai daripada Unit Rundingan Krisis (CNU), Pasukan Operasi Khas (SOC) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) turut dikerahkan bagi menangani kejadian itu kerana Haridas dirasakan mungkin mendatangkan bahaya kepada dirinya dan orang lain.

Dalam kenyataan mereka polis berkata: “Selepas... rundingan oleh pegawai CNU, polis melihat peluang untuk merempuh masuk flat itu apabila mereka memerhatikan wanita tersebut pergi ke tandas, sekali gus memberi mereka masa untuk memastikan keselamatannya.”

Tanpa mendedahkan butiran, polis menambah bahawa mereka berjaya memasuki flat berkenaan. Haridas didakwa menendang seorang pegawai polis semasa ditangkap.

Kesnya ditangguh ke 8 Februari.

Bagi kesalahan menyerang penjawat awam, tertuduh boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun dan denda atau rotan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >