Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerjasama polis, bank selamatkan warga emas dari ditipu $1.5j

Jan 17, 2024 | 12:22 PM
DICEGAH SECARA BERKESAN: Campur tangan pegawai Pusat Anti-Penipuan dan bank Standard Chartered membantu mangsa mengelak kerugian berjumlah kira-kira $1.5 juta.
DICEGAH SECARA BERKESAN: Campur tangan pegawai Pusat Anti-Penipuan dan bank Standard Chartered membantu mangsa mengelak kerugian berjumlah kira-kira $1.5 juta. - Foto SPF

Seorang warga emas berusia 71 tahun hampir kerugian kira-kira $1.5 juta akibat kes penipuan pelaburan kalau tidak kerana tindakan pantas polis dan kakitangan bank pada 11 Januari.

Dalam satu kenyataan media pada 16 Januari, pihak polis mengatakan mangsa tersebut telah membuat bayaran “jumlah besar” ke akaun bank yang berbeza selepas seorang kenalan warga asing menjanjikan pulangan cepat bagi peluang pelaburan.

Pemindahan wang itu – jumlahnya tidak didedahkan – kemudian dikesan Pusat Anti-Penipuan (ASC) polis dan bank Standard Chartered.

Tidak jelas sama ada mana-mana urus niaga itu berjaya dipindahkan, lapor The Straits Times.

ASC kemudian memberitahu mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya berhati-hati dengan penipuan manakala pasukan antipenipuan bank itu menggantung sementara akses mangsa kepada perbankan digital.

Campur tangan pegawai ASC dan bank Standard Chartered akhirnya membantu mangsa mengelak kerugian kira-kira $1.5 juta, kata polis.

Dalam penipuan pelaburan, pelaku biasanya mendekati sasaran melalui platform media sosial atau aplikasi pemesejan segera dan cari teman, tambah mereka.

Penipu pula akan mempromosi skim pelaburan seperti melibatkan mata wang kripto, pertukaran asing atau saham dengan menggambarkannya sebagai peluang menguntungkan.

Mangsa yang melabur dalam skim tersebut hanya menyedari mereka telah ditipu apabila mendapati mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka.

Polis menasihatkan orang ramai supaya menyemak dan mendapat maklumat lebih lanjut berdasarkan sumber seperti Direktori Institusi Kewangan, Daftar Perwakilan dan Senarai Makluman Pelabur di laman web Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Mereka menambah bahawa orang ramai patut beritahu rakan dan keluarga mereka tentang penipuan dan melaporkan urus niaga penipuan kepada bank mereka dengan segera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg