Seorang lelaki, berusia 25 tahun yang mengambil kesempatan ke atas budak perempuan dalam talian telah dijatuhkan hukuman 14 tahun dan 18 bulan di penjara, serta 24 kali sebatan dengan rotan pada 29 September setelah mengaku melakukan serangan seksual terhadap empat mangsa.
Syed Muhammad Yusri Syed Yasser menyamar sebagai remaja untuk kelihatan lebih dekat (usia) dengan mangsa dan meminta mereka menjadi teman wanitanya.
Dia kemudian membebankan mangsa dengan permintaan seksual, dan membawa mereka ke lokasi terpencil, biasanya tandas untuk orang kurang upaya di Taman Yishun, di mana dia menyerang mereka, pendakwa raya memberitahu Mahkamah Tinggi.
Selepas dia ditangkap pada 2021 kerana merogol seorang remaja berusia 12 tahun, siasatan polis mendedahkan penglibatannya dengan tiga mangsa lain.
Yusri disabitkan pada 25 Ogos selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkaitan tiga daripada mangsa – dua pertuduhan rogol statutori dan satu pertuduhan seksual melalui penetrasi kanak-kanak bawah umur.
Lima pertuduhan lain, satu untuk rogol statutori yang lebih teruk dan empat bagi seksual melalui penetrasi kanak-kanak bawah umur, telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.
Dia mengakui telah menghantar mesej kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Instagram pada 2020 dan meminta nombor telefon bimbitnya.
Yusri yang ketika itu berusia 20 tahun mengaku dia berusia antara 16 dengan 17 tahun dan masih bersekolah.
Apabila mereka pertama kali bertemu di tangga berhampiran rumah budak itu, Yusri memeluk dan menciumnya.
Budak perempuan yang tidak boleh dinamakan itu kemudian menghantar mesej teks kepadanya mengatakan bahawa pertemuan itu membuatkan dia berasa tidak selesa, tetapi pesalah tidak mengendahkannya.
Seminggu selepas pertemuan pertama mereka, dia membawa budak berusia 11 tahun itu ke tandas di Taman Yishun, di mana dia merogolnya.
Budak itu bersetuju untuk bertemu dengannya lagi beberapa minggu kemudian, percaya bahawa dia tidak akan menganiayanya lagi. Tetapi Yusri sekali lagi membawanya ke tandas dan merogolnya.
Selepas dirogol kali kedua, budak itu berhenti berhubung dengan Yusri.
Pada Jun 2021, Yusri mengenali seorang remaja berusia 14 tahun di Omegle, sebuah wadah sembang yang secara rawak memadankan pengguna dan membolehkan mereka membuat panggilan video.
Dia berumur 21 tahun tetapi mengaku umurnya baru 17 tahun.
Mereka berjumpa di taman permainan di Pasir Ris dan bermain bersama di telefon bimbit mereka.
Setelah remaja itu setuju untuk bertemunya lagi, Yusri membawanya ke tangga di tingkat 14 sebuah flat di Pasir Ris dan melakukan seks tanpa perlindungan ke atas remaja itu.
Dia melakukan perbuatan itu tiga kali lagi pada tempoh yang berbeza.
Remaja 14 tahun itu mendapat tahu Yusri bukan berusia 21 tahun seperti yang dikatakannya, setelah terjumpa kad pengenalan perkhidmatan negaranya, dan memutuskan hubungan dengan Yusri.
Yusri juga berkenalan dengan seorang budak berusia 12 tahun di Omegle pada Julai 2021.
Melalui wadah pesanan WhatsApp, Yusri memberitahu budak itu dia menyukainya dan Yusri berbohong umurnya baru 14 tahun.
Dalam perbualan, Yusri sering menanyakan hal yang tidak menyenangkan budak itu, seperti sama ada budak itu menonton video lucah dan sebagainya.
Pada pagi 27 Julai, Yusri meminta budak itu ‘bercium’, dan walaupun budak teragak-agak kerana tidak pernah melakukannya, Yusri menggesanya.
Apabila mereka berjumpa di perhentian bas, Yusri membawanya ke sebuah tempat letak kereta berdekatan dan menciumnya.
Seharian selepas itu, Yusri menggesa budak itu untuk bertemunya bagi melakukan seks, tetapi budak itu tidak selesa dan cuma mengelak daripada berjumpa Yusri.
Yusri bagaimanapun dapat berjumpa dengan budak itu, membawanya ke tandas di Yishun park dan merogolnya.
Pada malam itu, budak itu mengatakan yang dia ingin memutuskan hubungan dengan Yusri.
Sementara itu, seorang teman sekelas budak perempuan itu melihatnya masuk ke tandas bersama lelaki tersebut.
Teman budak itu telah melaporkan kepada guru dan kaunselor sekolah. Keluarga budak tersebut diberitahu dan ibunya telah membawanya ke balai polis untuk membuat laporan.
Yusri ditahan pada 5 Ogos, tahun itu.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg