Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki paksa pandu keluar kereta di simpang Marsiling dikena 11 tuduhan baru

May 30, 2024 | 6:03 PM
Muhammad Idris Musbah, 36 tahun, yang dikenakan 11 pertuduhan baru pada 30 Mei, didapati memiliki sebatang baton, pisau poket dan buku lima.
Muhammad Idris Musbah, 36 tahun, yang dikenakan 11 pertuduhan baru pada 30 Mei, didapati memiliki sebatang baton, pisau poket dan buku lima. - Foto SPF

Seorang lelaki yang dikehendaki polis ekoran dirakam kamera cuba pandu paksa keretanya keluar dari trafik yang tidak bergerak pada 30 Mei, telah dikenakan 11 pertuduhan baru.

Muhammad Idris Musbah, 36 tahun, yang didapati positif dadah selepas ditahan pada 28 Mei, disiasat kerana kesalahan memandu tanpa lesen sah dan menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan.

Mengikut salah satu pertuduhan baru itu, dia didakwa membahayakan nyawa orang lain dengan cuba memandu keretanya keluar dari trafik yang tidak bergerak dan kemudiannya melanggar sebuah lori pada 28 Mei.

Idris, yang kini direman di penjara, turut menghadapi dua pertuduhan membawa senjata di khalayak ramai – sebilah pisau dan buku lima hitam.

Daripada baki lapan pertuduhan barunya, empat berkaitan kesalahan dadah dan empat lagi kerana beliau merupakan anggota kumpulan haram.

Menurut rekod mahkamah, pada September 2020, Idris didakwa bersenjatakan pisau semasa menjadi sebahagian daripada perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Dia memberitahu mahkamah pada 30 Mei bahawa dia tidak akan mengaku salah atas pertuduhan ini.

Video yang tersebar dalam talian mengenai insiden 28 Mei menunjukkan sebuah kereta berwarna gelap cuba keluar daripada simpang trafik di mana ia terhenti, lantas bertembung dengan sebuah lori dan kemudiannya dengan sebuah kereta.

Dua pegawai polis dilihat mengetuk tingkap pemandu dan seterusnya menarik seorang lelaki keluar dari kereta dan mengawalnya ketika dia terlentang di atas jalan.

Seorang wanita yang keretanya mempunyai nombor plat serupa dengan kereta Idris memberitahu The Straits Times pada 29 Mei bahawa beliau telah menerima surat untuk pelbagai kesalahan yang tidak dilakukannya.

Kesalahan itu termasuk memandu laju dan tidak mematuhi peraturan papan tanda tempat letak kereta antara April dengan Mei.

Polis menahan Idris sekitar 5.50 petang pada 29 Mei selepas menerima panggilan meminta bantuan di persimpangan Admiralty Road dan Marsiling Lane.

Sebatang baton, buku lima, pisau poket, kad bank, tujuh kad tunai, bahan dipercayai dadah terkawal dan peralatan dadah dirampas daripada kenderaan itu.

Idris mungkin menghadapi lebih banyak pertuduhan selepas siasatan selesai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg