Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Litar F1 Marina Bay kembali mengaum...

Sep 15, 2023 | 7:34 PM
LUNCUR LAJU: Pemandu pasukan Ferrari, Charles Leclerc, memandu lalu di depan penyokong semasa sesi latihan perlumbaan Grand Prix Singapura pada Jumaat.
LUNCUR LAJU: Pemandu pasukan Ferrari, Charles Leclerc, memandu lalu di depan penyokong semasa sesi latihan perlumbaan Grand Prix Singapura pada Jumaat. - Foto REUTERS

Perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura yang dinanti-nantikan kembali di Litar Jalan Raya Marina Bay mulai semalam hingga esok.

Mulai semalam, pelumba-pelumba sibuk mengadakan sesi latihan, manakala hari ini pula, lebih banyak sesi latihan akan diadakan sebelum pusingan kelayakan diadakan pada sebelah malam.

Acara kemuncaknya tentulah esok, yang akan menyaksikan juara dunia, Max Verstappen, daripada pasukan Red Bull, yang kini mendahului senarai pemandu, dan para pelumba lain, termasuk Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes, bersaing untuk menjuarai perlumbaan di Litar Marina Bay ini.

Verstappen disebut-sebut sebagai pilihan utama, berazam melanjutkan rekod 11 kemenangan Grand Prix berturut-turut musim ini dan melangkah lebih dekat dengan trofi idaman.

Di luar litar, peminat-peminat Grand Prix Singapura boleh menikmati persembahan oleh artis-artis terkenal daripada seluruh dunia seperti Niki, Rich Brian, XG, Bibi, Milli, Warren Hue, Atarashii Gakko!, Jackson Wang dan Post Malone pada ketiga-tiga hari acara itu berlangsung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg