Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

F1 perlulebih tanganiisu diskriminasi: Hamilton

Sifatkan komen perkauman penasihat Red Bull terhadap
Sergio Perez ‘tidak boleh diterima sama sekali’
Sep 15, 2023 | 02:42 PM



Pemandu Mercedes Lewis Hamilton menyifatkan komen ketua Red Bull, Helmut Marko mengenai Sergio Perez sebagai “tidak boleh diterima sama sekali”.

Marko, 80 tahun, merujuk kepada latar belakang Perez, pelumba Red Bull dari Mexico, apabila membincangkan prestasi pemanduannya yang tidak konsisten musim ini.

Bercakap selepas Grand Prix Italy awal September, Marko, penasihat sukan permotoran Red Bull dan sekutu mendiang pemilik bersama pasukan Dietrich Mateschitz, berkata:

“Mari kita ingat bahawa Perez orang Amerika Selatan dan oleh itu beliau tidak fokus seperti Max Verstappen atau Sebastian Vettel.”

Memberi tindak balas kepada komen Marko menjelang Grand Prix Singapura hujung minggu ini, Hamilton, 38 tahun, berkata:

“Ia sama sekali tidak boleh diterima. Ini bukan sesuatu yang anda sekadar minta maaf dan semuanya okay.

“Walaupun kita menyatakan tiada ruang untuk sebarang jenis diskriminasi dalam sukan ini – dan tidak sepatutnya ada ruang untuknya – mempunyai pemimpin dan orang sepertinya memberi komen tidak baik, menyukarkan kita bergerak ke hadapan,” ujarnya.

“Ada ramai orang di belakang yang benar-benar tidak suka perkara seperti ini, tetapi sukar untuk bergerak jika orang atasan mempunyai pemikiran yang menghalang kita maju.

“Tetapi ia bukan pasukan saya dan bukan cara kami bergerak sebagai sebuah pasukan. Kami masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menjadikan persekitaran ini lebih inklusif,” tambahnya.

Perez dan rakan sepasukan Verstappen berkongsi dua kemenangan daripada empat perlumbaan pembukaan, tetapi Verstappen tidak pernah kalah perlumbaan kelima di Miami, Amerika Syarikat.

Perez, yang berada 145 mata di belakang Verstappen dalam kejuaraan pemandu, berkata: “Saya mengadakan perbualan peribadi dengan Helmut dan beliau telah memohon maaf. Bagi saya, itu adalah perkara utama.

“Pada asasnya, kami telah melupakan perkara itu. Saya mempunyai hubungan peribadi dengannya. Mengenali orang itu banyak membantu dan saya tahu beliau tidak bermaksud begitu.

“Secara peribadi, saya tidak tersinggung,” ujarnya.

Red Bull berkata mereka “mengakui dan menyokong permohonan maaf yang dibuat oleh Dr Marko. Beliau juga telah meminta maaf secara peribadi kepada Checo (Perez).”

Marko orang yang menentukan barisan pemandu untuk dua pasukan Red Bull. Beliau hanya bertanggungjawab kepada ibu pejabat Red Bull di Austria, dan tidak diambil bekerja secara langsung oleh pasukan F1.

Hamilton berharap beliau dan Mercedes boleh menikmati kejayaan tahun ini walaupun Red Bull menguasai musim ini dan memenangi setiap perlumbaan.

Verstappen sedang berusaha untuk terus meraih kejayaan di Grand Prix Singapura dan sekali gus memecahkan rekod 10 kemenangan berturut-turut.

Hamilton berkata: “Saya ditanya soalan lebih awal, apakah saya lebih suka mengeluarkan Max atau mengeluarkan (ketua reka bentuk Red Bull) Adrian Newey. Tidak seorang pun yang patut dikeluarkan. Kami (Mercedes) hanya perlu menaikkan tahap dan melakukan kerja yang lebih baik.

“Mereka telah melakukan kerja yang luar biasa. Anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana kerja menakjubkan yang mereka lakukan dan telah melakukannya secara kolektif.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >