Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Low Thia Khiang tidak tanding dalam GE akan datang

Dec 7, 2024 | 7:03 PM
Mantan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, menyatakan bahawa beliau sudah bersara dan generasi muda di dalam parti itu mampu membawa WP maju ke hadapan.
Mantan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, menyatakan bahawa beliau sudah bersara dan generasi muda di dalam parti itu mampu membawa WP maju ke hadapan. - Foto ZAOBAO

Mantan ketua Parti Pekerja (WP), Encik Low Thia Khiang, mengesahkan bahawa beliau tidak akan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum (GE) akan datang.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram WP sekitar tengah hari pada 7 Disember, Encik Low, 68 tahun, dilihat sedang mengedar risalah parti Hammer sebagai sebahagian daripada kegiatan mendekati masyarakat apabila seorang penduduk bertanya sama ada beliau telah “bersara” atau akan bertanding dalam GE akan datang.

Encik Low berkata: “Saya sudah bersara. Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya.

“Kita ada generasi muda yang boleh membawa parti maju ke hadapan. Mereka boleh melakukan jauh lebih baik daripada saya.”

Singapura perlu mengadakan pilihan raya seterusnya sebelum November 2025, lapor The Straits Times (ST).

Encik Low menyertai WP pada 1982 dan merupakan penolong setiausaha agung parti itu ketika beliau memenangi kerusi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang dalam GE 1991.

Beliau kemudian dilantik sebagai Anggota Parlimen (AP) Hougang untuk tiga penggal lagi pada 1997, 2001 dan 2006. 

Encik Low bertanding dalam GE 2001 dan 2006 sebagai ketua WP setelah dilantik sebagai setiausaha agung parti itu pada Mei 2001.

Pada GE 2011, beliau meninggalkan kerusi Hougang untuk bertanding di GRC Aljunied bersama Encik Pritam Singh, Cik Sylvia Lim, Encik Faisal Manap dan Encik Chen Show Mao. 

Dengan memenangi kawasan undi itu, mereka menjadi pasukan pembangkang pertama yang berjaya menawan GRC.

Parti itu sekali lagi memenangi pertandingan bagi GRC tersebut dalam GE 2015, dengan Encik Low dipilih sebagai AP untuk enam penggal berturut-turut.

Encik Low meletak jawatan sebagai setiausaha agung WP pada 2018 untuk memberi laluan kepada Encik Singh mengambil alih sebagai ketua parti.

Menurut Encik Low, keputusan itu diambil karena beliau berasa telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memastikan WP memenangi sebuah GRC dan untuk memperbaharui barisan kepimpinan parti.

Pada Jun 2020, beliau mengumumkan pengunduran diri sebagai AP dan tidak bertanding dalam pilihan raya tahun itu.

Namun begitu, Encik Low masih kekal sebagai ahli jawatankuasa eksekutif pusat WP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg