Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Luahan penghargaan kepada PM Lee

Apr 16, 2024 | 7:15 PM
Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid
Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid - Foto fail

Berikut tukilan penghargaan pemimpin pertubuhan Melayu/Islam Singapura ke atas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyusuli berita pengundurannya sebagai perdana menteri yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April.

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM)

“Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas kepimpinan yang cemerlang dan perkhidmatan yang penuh dedikasi kepada negara kita. PM Lee telah mengemudi Singapura melalui zaman mencabar dan makmur, membina sebuah masyarakat yang harmoni dan dihormati oleh warga dunia.” – Pengarah Eksekutif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Didicazli Ismail.

Persatuan Muhammadiyah

“Muhammadiyah menghargai sumbangan dan jasa PM Lee Hsien Loong. Di bawah kepimpinan beliau, masyarakat Islam diberi peluang untuk menjalani kehidupan beragama dengan baik, meningkatkan kemajuan khususnya dalam aspek pendidikan, serta menyumbang bakti kepada pembangunan negara. Kami juga sangat terkesan dengan komitmen PM Lee dalam memastikan rakyat berbilang kaum dan agama di Singapura dapat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan saling menghormati antara satu sama lain.” – Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.

Persatuan Ulama & Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas)

“Sedang penggal jawatannya sampai ke penghujung, saya berbesar hati untuk menyingkap pencapaian yang telah beliau raih untuk negara, khususnya bagi masyarakat Islam dan golongan asatizah kita. PM Lee baik budi dan memahami dalam mendengar keprihatinan dan cadangan kami. Salah satunya adalah saranan tentang pemakaian tudung dalam sektor penjagaan kesihatan awam. Saya bersyukur kerana pekerja penjagaan kesihatan kini dibenarkan memakai tudung di tempat kerja mereka.” – Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid.

Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura

“Kepimpinan beliau telah secara ketara membentuk Singapura menjadi sebuah negara yang disegani di peringkat sejagat, meletakkan asas yang kukuh untuk generasi akan datang.” – Presiden Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura, Encik Abdul Halim Kader.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg