Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lulusan politeknik 2018 raih prospek gaji dan pekerjaan lebih baik

Jan 15, 2019 | 5:49 PM
TINJAUAN PEKERJAAN SISWAZAH: Tinjauan yang dijalankan bersama oleh lima politeknik di sini turut menunjukkan bahawa gaji median bulanan bagi lulusan yang mendapat pekerjaan sepenuh masa meningkat daripada $2,235 pada 2017 kepada $2,350 tahun lalu.
TINJAUAN PEKERJAAN SISWAZAH: Tinjauan yang dijalankan bersama oleh lima politeknik di sini turut menunjukkan bahawa gaji median bulanan bagi lulusan yang mendapat pekerjaan sepenuh masa meningkat daripada $2,235 pada 2017 kepada $2,350 tahun lalu. - Foto JASMINE CHOONG

PELAJAR yang baru tamat pengajian di politeknik tahun lalu terus menjadi buruan majikan dan mampu meraih gaji yang tinggi.

Menurut Tinjauan Pekerjaan Siswazah (GES) yang dikeluarkan hari ini (15 Januari), kadar keseluruhan pelajar yang berjaya mendapat pekerjaan - sama ada sepenuh masa, sambilan atau bebas - dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian ialah 89.5 peratus bagi 2018.

Ini merupakan peningkatan 2.2 peratusan mata lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, jumlah pelajar yang menganggur merosot daripada 12.7 peratus pada 2017 kepada 10.5 peratus tahun lalu.

Seramai 9,330 lulusan politeknik telah mengambil bahagian dalam tinjaun GES yang dijalankan bersama oleh kesemua lima politeknik di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg