Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lum Chang Building Contractors didenda atas kematian pekerja pada 2020

Dec 18, 2024 | 6:08 PM
Pada 15 Disember 2020, seorang pekerja Bangladesh meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan selepas sebahagian daripada kepingan cerucuk menimpanya di tapak pembinaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berhampiran depoh MRT Changi.
Pada 15 Disember 2020, seorang pekerja Bangladesh meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan selepas sebahagian daripada kepingan cerucuk menimpanya di tapak pembinaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berhampiran depoh MRT Changi. - Foto fail

Sebuah syarikat pembinaan telah didenda $160,000 berkaitan nahas di tempat kerja yang mengorbankan seorang pekerja berhampiran depoh MRT Changi pada Disember 2020.

Lum Chang Building Contractors gagal mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan pekerja dari BLT Geoworks.

Syarikat itu disabit kesalahan pada 17 Disember, atas pertuduhan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.

Dalam kemalangan pada 15 Disember 2020 itu, pekerja Bangladesh, Encik Shajahan Mohammad, 29 tahun, meninggal dunia akibat beberapa kecederaan yang dialami selepas sebahagian daripada cerucuk kepingan menimpanya di tapak pembinaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berhampiran depoh MRT Changi.

Cerucuk kepingan, biasanya diperbuat daripada keluli, kayu atau konkrit, digunakan dalam pembinaan untuk menahan tanah dan membantu semasa penggalian. Ia boleh menjadi struktur kekal atau sementara.

Pada Disember 2020, LTA berkata:

“Semasa proses menarik kepingan cerucuk, sambungan kimpalan yang menyatukan dua cerucuk kepingan pecah, menyebabkan sebahagian cerucuk kepingan jatuh menimpa seorang pekerja.

“Pekerja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata pada Mac bahawa Lum Chang Building Contractors menjalankan dua projek bersama LTA.

Salah satu kontrak, yang diberikan pada Oktober 2016, melibatkan kerja di jejambat sedia ada dan baru berhampiran persimpangan Upper Changi Road East dan Koh Sek Lim Road.

Sekitar Disember 2017, Lum Chang Building Contractors telah menggunakan BLT Geoworks untuk memasang dan mengeluarkan kepingan cerucuk. Kerja kemudian dimulakan pada Mei 2018.

Encik Shajahan merupakan sebahagian daripada pasukan yang mengeluarkan cerucuk tersebut.

Antara lain, beliau ditugaskan memantau proses, memastikan kepingan cerucuk stabil dan tegak semasa ia dikeluarkan.

Sebelum tragedi pada 15 Disember 2020 itu, Encik Shajahan berdiri kira-kira tiga meter dari tapak pengekstrakan.

Bahagian atas kepingan cerucuk itu kemudian patah selepas ia dikeluarkan dari tanah dan terkena belakang Encik Shajahan, menyebabkan beliau terjatuh.

Pihak polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar 10 pagi, dan paramedik mengesahkan beliau meninggal dunia sekitar sejam kemudian.

Bagi kesalahan tersebut, Lum Chang Building Contractors boleh didenda sehingga $500,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg