Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Madrasah perlu peruntukan baiki bangunan usang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH

Madrasah perlu peruntukan baiki bangunan usang

Madrasah Aljunied lancar kempen derma tabung masjid; selepas maghrib dan tarawih, pelajar bawa tin derma ke masjid terpilih untuk dapatkan sumbangan jemaah
Apr 05, 2024 | 05:31 AM



Madrasah Aljunied Al-Islamiah menjadi nadi masyarakat dalam melahirkan generasi pemimpin Islam global yang memiliki pegangan akidah teguh dan berakhlak mulia. Agenda memperkasakan legasi ummah ini pasti sukar dicapai tanpa sokongan luar biasa yang dipamerkan oleh seluruh umat Islam di Singapura.

Sebagai madrasah yang bersandarkan kepada pembelajaran agama Islam, Madrasah Aljunied sangat terharu dengan usaha yang tidak putus-putus daripada masyarakat dalam menyalurkan sumbangan kecil ataupun besar.

Oleh itu, Madrasah Aljunied sangat komited dalam memastikan sumbangan masyarakat membuahkan hasil bermakna buat pelajar. Penjanaan sumber kewangan daripada masyarakat sangat membantu madrasah memupuk persekitaran pembelajaran yang bermutu.

PENINGKATAN PEMBANGUNAN DAN PROGRAM

Menurut Pengurus Operasi Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Muhammad Anwar Mohamed Ismail, 38 tahun, sokongan tersebut sangat memadai, untuk madrasah ini menambah baik segala perkhidmatan dan kemudahannya, lapan tahun lalu.

Sebelum ini, Madrasah Aljunied telah menjalani proses pengubahsuaian secara besar-besaran, iaitu sekitar tahun 2016.

Lima tahun kemudian pula, madrasah menjalankan penyelenggaraan serta menambah perabot, cat, alat penyaman udara, meja dan kerusi kantin baru. Perubahan bilik darjah telah dilakukan melalui pemasangan penyaman udara di lima bilik darjah di aras empat dan juga pertukaran 120 kipas siling baru di semua bilik darjah demi meningkatkan keselesaan pelajar.

Peningkatan ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan fizikal pelajar, malah mewujudkan ruang pembangunan dan kegiatan kurikulum tambahan pelajar, dengan penyediaan kemudahan seperti gelanggang sukan badminton, memanah dan bola sepak.

SUMBANGAN DIPERLUKAN

Sejak beberapa tahun lalu, sumbangan penderma memainkan peranan penting dalam meningkatkan pelbagai prasarana Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Bagaimanapun, kini madrasah memerlukan peruntukan bagi mengekalkan bangunan yang kian usang. Tambahan pula, kerja penyelenggaraan juga harus dilaksanakan, bertujuan pembaikan dan memulihkan bahagian-bahagian tertentu agar segala kemudahan tersebut dapat digunakan oleh pelajar secara selamat, selesa dan berpanjangan.

“Oleh itu, madrasah amat mengalu-alukan sokongan orang ramai agar menyumbang kepada kami, terutama sekali pada bulan baik ini (Ramadan), di mana semua pahala kebajikan akan dilipat gandakan.

“Sumbangan orang ramai amat penting supaya pelajar dapat memanfaatkan kelengkapan serta kemudahan yang tersedia, semaksimum mungkin. Kami berharap para penderma akan terus menyumbang kepada madrasah dalam melahirkan pemimpin agama masa hadapan,” kata Encik Anwar.

KEMPEN DERMA BULAN RAMADAN

Giat mengumpulkan dana, Madrasah Aljunied juga melancarkan kempen derma tabung masjid, di samping menyemarakkan lagi semangat memberi sepanjang Ramadan.

Menjelaskan usaha kempen tersebut, Encik Anwar berkata:

“Selepas waktu maghrib dan selepas solat tarawih, pelajar akan membawa tin derma ke masjid-masjid terpilih bagi membolehkan jemaah menderma kepada dana pendidikan dan operasi madrasah.

“Kami bertungkus lumus agar pelajar dapat berada di masjid untuk menjalankan ibadah serta menyediakan tabung-tabung Madrasah Aljunied bagi membolehkan masyarakat menyokong kempen derma ini sehingga akhir Ramadan. Buat hari-hari terakhir Ramadan, kami berharap mendapat sokongan masyarakat di masjid-masjid seperti Masjid Kampung Siglap, Masjid Al-Islah dan juga Masjid Sultan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan derma dan menyokong masa depan generasi asatizah, boleh hulurkan sumbangan menerusi PayNow ke UEN: T08GB0028LALJ atau imbas kod QR yang disediakan.

Ikuti media sosial, Instagram dan Facebook@Madrasah Aljunied bagi mendapatkan berita terkini tentang pembangunan pelajar dan asatizah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >