Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pelajar manfaatkan Ramadan tekuni Al-Quran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH

Pelajar manfaatkan Ramadan tekuni Al-Quran

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Dalam mengharungi perjalanan Ramadan, ibadah berpuasa memberi peluang istimewa untuk mendidik setiap insan bersabar daripada melakukan perkara mungkar atau perkara yang membawa kepada pengurangan pahala puasa.

Sebagai proses tarbiah untuk pelajar, Madrasah Aljunied Al-Islamiah melengkapkan pelbagai kegiatan kerohanian untuk mengisi masa pelajar dan memberi peluang kepada mereka menghidupkan semangat Ramadan dengan kegiatan bermutu.

Menurut Ketua Jabatan Tarbiyah dan Ta’dib (Pelajar dan Disiplin) Madrasah Aljunied, Cikgu Muhamad Faisal Abdul Rahman, 40 tahun, pihaknya sentiasa merancang dan mengendalikan program Ihya’ Ramadan pada setiap tahun.

Dengan bertemakan Tazkiyatun Nafs, atau penyucian jiwa, program Ramadan tahun ini diketuai oleh dua tenaga pengajar madrasah tersebut iaitu Ustaz Mochammad Sandisi Kamaluddin dan Ustazah Siti Nurhanna Abdul Khalid, serta dibantu oleh ketua pelajar di madrasah, yang dinamakan Ittihad Tolabah Madrasah Aljunied (ITMAJ).


RUTIN TERBARU
BULAN RAMADAN

Memenuhi rutin harian pelajar, Madrasah Aljunied memberi tumpuan intensif terhadap pelajar dengan kegiatan tadarus Al-Quran secara berjemaah pada waktu rehat.

Pembacaan ayat suci Al-Quran yang khusyuk dapat menghidupkan jiwa dan meningkatkan tumpuan pelajar serta membantu mereka meningkatkan perhatian dengan lebih baik, khususnya semasa berada di dalam bilik darjah.

Malah, rutin harian pada bulan Ramadan akan menyebabkan hati pelajar lebih terpaut agar mencintai Al-Quran, lebih-lebih lagi pada bulan turunnya al-Quran.

Pada hari Jumaat pula, Madrasah Aljunied Al-Islamiah menyusun jadual program dengan pelaksanaan Qasidah Burdah, iaitu lantunan selawat berisi puji-pujian terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw.


Selain meningkatkan kerinduan dan penghayatan perjuangan baginda saw, alunan qasidah ini membenarkan pelajar memaksimumkan masa dengan perkara-perkara bermanfaat, terutamanya ketika menjalani ibadah puasa.


Selain itu, Madrasah Aljunied juga meneruskan program bulan Ramadan dengan kegiatan pembacaan kitab Turath (Qiro’atul Kutub) bersama asatizah, yang menyentuh pelbagai tajuk Islamik, sekali gus mendekatkan diri pelajar dengan ajaran agama.


PROJEK SOSIAL PUPUK
SEMANGAT MEMBERI

Tidak hanya menyediakan program spiritual, Madrasah Aljunied turut menganjurkan projek sosial, Ramadhan Recycle Drive bagi menggalakkan sikap tolong-menolong dan kasih sayang antara sesama insan.


Projek bermakna ini terbuka kepada pelajar atau warga kerja madrasah untuk menyumbang barang terpakai mereka seperti pakaian, kertas, buku dan sebagainya kepada insan yang memerlukan.

Acara sebegini dapat memberikan suntikan semangat kepada mereka yang berkemampuan untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik. Ia juga memupuk amalan berbuat baik, serta menggandakan pahala peserta, apatah lagi apabila ia dianjurkan pada bulan Ramadan.

HIDUPKAN
SEMANGAT RAMADAN

Menurut Cikgu Muhamad Faisal, kepelbagaian program Ramadan di Madrasah Aljunied bertujuan menerapkan prinsip-prinsip asas seperti muhasabah diri dan empati, iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada dalam diri seseorang asatizah bercita-cita tinggi.

“Walaupun dikekang jadual persekolahan padat, Madrasah Aljunied Al-Islamiah tidak mengabaikan peri pentingnya usaha menghargai ketibaan Ramadan kerana setiap ibadah yang dijalankan pada bulan ini akan dilipat gandakan pahala bagi sesiapa yang melakukannya.

“Justeru, program-program ini diharapkan dapat membantu pelajar meningkatkan motivasi, bahkan mampu melahirkan generasi pemimpin berakhlak mulia, seperti yang terkandung dalam seruan Al-Quran.

“Pelajar boleh mengambil pelajaran daripada kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran ketika bertadarus. Pembacaan kitab Turath juga memberi peluang kepada pelajar meneroka kitab-kitab lama, yang sarat dengan pengajaran adab dan menghayati perjalanan Nabi Muhammad saw dalam qasidah burdah. Kesemua program sangat bermanfaat, insya-Allah,” jelas Cikgu Muhamad Faisal lagi.


HULUR DERMA


Orang ramai yang ingin menghulurkan derma dan menyokong generasi cemerlang asatizah, boleh hulurkan sumbangan menerusi PayNow ke UEN: T08GB0028LALJ atau imbas kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >