Mahkamah beku aset kumpulan Autobahn, pengarah disiasat atas dakwaan tipu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahkamah beku aset kumpulan Autobahn, pengarah disiasat atas dakwaan tipu

Jan 26, 2026 | 8:18 PM

Mahkamah beku aset kumpulan Autobahn, pengarah disiasat atas dakwaan tipu

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemiutang mendakwa kumpulan Autobahn enggan mendedahkan lokasi kereta-kereta yang sepatutnya dirampas.
Pemiutang mendakwa kumpulan Autobahn enggan mendedahkan lokasi kereta-kereta yang sepatutnya dirampas. - Foto BT

Dua pengarah dan lima syarikat dalam kumpulan Autobahn Rent A Car (Autobahn) telah dikenakan perintah pembekuan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari, selepas pemiutang mendakwa berlakunya penipuan serta kegagalan mendedahkan lokasi kenderaan yang dibiayai melalui pinjaman.

Tan Boon Kee, juga dikenali sebagai Roy Tan, dan Sanjay Kumar Rai tertakluk kepada perintah mahkamah tersebut sehingga had maksimum $101.9 juta setiap seorang.

Lima syarikat yang terlibat ialah Autobahn Rent A Car, AhTan Car Repairs, Hamilton Autobahn, Hamilton Autohub dan Hamilton Capital, masing-masing tertakluk kepada had pembekuan sehingga $54.5 juta.

Perintah mahkamah itu melarang semua entiti terlibat daripada melupuskan aset di seluruh dunia, termasuk berurusan dengan atau mengurangkan nilai aset berkaitan, atau mengeluarkannya dari Singapura.

Menjawab pertanyaan The Business Times (BT), peguam cara, Encik Clarence Lun, berkata beliau sedang mendapatkan arahan daripada anak guamnya dan enggan mengulas lanjut.

Perintah pembekuan, juga dikenali sebagai ‘injunksi Mareva’, jarang dikeluarkan dan biasanya hanya diberikan apabila terdapat bukti jelas aset berisiko dipindahkan, disembunyikan atau dijual bagi menggagalkan tindakan mahkamah.

Pada November 2025, Autobahn Rent A Car dan 18 syarikat berkaitan, termasuk perkhidmatan perkongsian kereta Shariot, didedahkan berhutang lebih $300 juta kepada lebih 40 pemiutang, merangkumi bank-bank utama, syarikat pembiayaan automotif dan pengedar, syarikat insurans serta pihak lain.

Permohonan mereka bagi moratorium mahkamah dan skim pengaturan ditolak pada 26 Disember 2025.

Rayuan kemudian ditarik balik pada 6 Januari 2026, dan operasi Autobahn Rent A Car digantung pada hari yang sama.

DBS, pemiutang tunggal terbesar dengan tuntutan sekitar $101.9 juta, merupakan pemohon perintah pembekuan tersebut.

Sejak 2018, bank itu telah menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan kepada lima syarikat berkenaan, dengan tanggungan tersebut dijamin melalui jaminan peribadi oleh Tan dan Rai, kenderaan yang dibiayai, serta gadai janji ke atas hartanah termasuk pejabat Autobahn di 429 MacPherson Road.

Dalam afidavit bertarikh 8 Januari 2026, wakil DBS menyatakan terdapat bukti kukuh kemungkinan penipuan dan niat jahat, termasuk pembiayaan berganda ke atas beberapa kenderaan melalui pemalsuan dokumen.

Pembiayaan berganda ialah satu bentuk penipuan di mana kenderaan yang sudah mempunyai pinjaman dibiayai semula kepada pihak lain melalui dokumen palsu.

Antara lain, afidavit DBS turut merujuk kepada afidavit oleh pengedar Toyota, Borneo Motors, dan pengedar Hyundai, Komoco Motors, yang mendakwa resit bayaran palsu digunakan bagi mendapatkan pembiayaan tambahan.

DBS juga mendakwa berlaku perlakuan tidak jujur berhubung perampasan kenderaan.

Daripada 720 kenderaan yang dibiayai bank itu, 266 buah masih tidak dapat dikesan.

Bank tersebut menyatakan Tan dan Rai gagal memberikan maklumat lokasi kenderaan, manakala afidavit oleh UOB dan Tokyo Century Leasing menunjukkan corak tindakan tidak bekerjasama yang serupa.

Bank itu turut menyatakan kenderaan yang hilang, yang belum didaftarkan dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), berisiko telah atau sedang dieksport atau dilupuskan tanpa pengetahuan atau persetujuan DBS.

Pada 2022, Ho Yik Fuh dipenjarakan 15 tahun atas pembiayaan berganda menggunakan dokumen palsu yang menyebabkan kerugian $12 juta kepada OCBC, Bank of East Asia dan VTB Bank.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg