Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahu kekal relevan, basmi buta huruf Al-Quran

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)
May 31, 2024 | 5:30 AM
Encik Abdul Halim Shaik Abdul Kadir yakin Pergeraq akan terus kekal relevan dan mampu menghasilkan guru-guru Al-Quran yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Encik Abdul Halim Shaik Abdul Kadir yakin Pergeraq akan terus kekal relevan dan mampu menghasilkan guru-guru Al-Quran yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. - Foto PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Ingin melihat Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) terus maju ke hadapan dan kekal relevan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Begitulah harapan dan keinginan murni mantan bendahari dan kini anggota jawatankuasa di Pergeraq, Encik Abdul Halim Shaik Abdul Kadir, 62 tahun.

Menurutnya, beliau telah bersama Pergeraq sejak hari pertama ia ditubuhkan sehingga badan itu berjaya mendapat status kelulusan daripada Pejabat Pendaftaran Persatuan (ROS) di Singapura pada Mei 2006. Dengan ini, bermulalah iltizam dan semangat beliau mahu terus berbakti dan mencurahkan tenaga demi melestarikan persatuan Islam ini.

Beliau juga berharap Pergeraq akan terus menjadi sebuah institusi yang berkaliber serta diyakini dan mampu membantu masyarakat Islam, celik Al-Quran.

“Saya telah bersama Pergeraq sebelum ia ditubuhkan secara rasmi 18 tahun lalu, sehinggalah ke hari ini. Sebagai ahli pengasas Pergeraq, saya amat mengharapkan persatuan ini akan terus kekal relevan dan menjadi sebuah institusi Al-Quran yang kukuh dan mampu membawa masyarakat Islam kita mencintai Al-Quran. Selain mempertingkatkan mutu bacaan pembaca dan pendidik Al-Quran berteraskan ilmu dan kemahiran yang utuh,” jelas Encik Abdul Halim.

Cabaran dan harapan

Meskipun bukan seorang asatizah, Encik Abdul Halim yakin mampu melakukan yang terbaik dan misinya mahu melihat Pergeraq terbang tinggi ke peringkat antarabangsa – selain dapat menghasilkan guru Al-Quran yang disegani ramai dan diiktiraf secara profesional.

“Salah satu cabaran yang saya hadapi adalah saya bukan seorang ustaz atau tenaga pengajar Al-Quran. Dan untuk mengenalkan Pergeraq kepada masyarakat pada waktu itu bukannya mudah. Sekarang ini, Pergeraq telah pun memulakan kursus sijil diploma kepada masyarakat di sini dan saya amat berharap dalam tempoh lima tahun lagi, Pergeraq dapat mengeluarkan sijil peringkat sarjana kepada bakal lulusan daripada Pergeraq untuk menyumbang bakti kepada masyarakat di sini.

“Insya-Allah, saya sangat yakin Pergeraq mampu bertahan lama, dan saya lihat pada masa kini, telah ada kesedaran dalam kalangan Muslimin untuk mempelajari ilmu Al-Quran dengan lebih mendalam lagi,” katanya.

Memandang ke hadapan, Encik Abdul Halim ingin melihat lebih banyak lagi sokongan yang mampu diraih daripada masyarakat setempat, selain dapat membasmi buta huruf dalam memperhalus dan memahami bacaan Al-Quran.

HULUR BANTUAN

Anda boleh menghulurkan bantuan kepada Pergeraq dengan:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp untuk resit @ 9030-7057. Tulis nama anda/zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ tulis nama anda/zakat atau derma.

3. Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg