Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pergeraq tawar biasiswa dalami Al-Quran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Pergeraq tawar biasiswa dalami Al-Quran

Biasiswa Al-Quran dan Qi’raat disediakan sejak 2021; lahirkan lebih ilmuwan bertauliah
Mar 29, 2024 | 05:31 AM



Bukan sekadar menawarkan perkhidmatan pembelajaran Al-Quran secara percuma, malah banyak lagi program lain yang dijalankan bagi membantu masyarakat Islam di sini.

Sejak 2021 lagi, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) telah menawarkan Biasiswa Al-Quran dan Qira’at berjumlah $5,000 untuk setiap pelajar yang layak. Biasiswa ini bertujuan melahirkan lebih ramai lagi ilmuwan dan ahli Al-Quran dan Qira’at bertauliah.

Menurut Pegawai Eksekutif di Pergeraq, Ustaz Achmed Fahdly Mohd Kamsari, pihaknya mengalu-alukan pelajar yang ingin mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam pembelajaran Al-Quran dan Qira’at.

“Pergeraq telah mengetepikan dana sebanyak $20,000 untuk program Kempen Celik Al-Quran (KCQ). Memandang kami diuji dengan Covid-19, maka dana yang tersedia itu kami salurkan kepada biasiswa ini. Kemudian bermula dari 2021, ia menjadi acara tahunan bagi Pergeraq untuk membantu dan menawarkan biasiswa ini kepada pelajar yang layak menerimanya,” kata Ustaz Achmed Fahdly.

Antara yang telah menerima Biasiswa Al-Quran dan Qira’at pada tahun 2023 ialah Encik Abi Hurairah Khalid, bekas pelajar prauniversiti Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Encik Abi, anak sulung tiga beradik ini berjaya mendapatkan biasiswa berjumlah $5,000 itu dan merasakan ia sangat bermanfaat dan membantu beliau dalam mengharungi kos kehidupan di luar negara. Beliau kini mengikuti kursus Sarjana Muda dalam bidang Al-Quran dan Sunah tahun kedua di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Biasiswa yang saya terima ini dapat membantu meringankan beban kedua ibu bapa saya. Pada waktu itu, mereka harus menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan banyak. Bukan hanya untuk diri saya, namun kededua adik-beradik saya yang lain.

“Salah seorang adik saya masih belajar di politeknik dan seorang lagi masih mengikuti pengajian sarjana muda di Turkey. Biasiswa ini sungguh bermakna dan memberikan saya semangat yang gigih untuk melakukan yang terbaik dalam pengajian saya di USIM ini,” jelas Encik Abi.

Beliau yang bercita-cita ingin menjadi pendakwah bebas turut berkata biasiswa yang diterimanya ini juga boleh menjadi pemangkin agar lebih ramai lagi pelajar Islam di sini mengikuti pengajian Al-Quran dan Qi’raat dengan lebih mendalam lagi.

“Biasiswa ini memberi manfaat bukan sahaja kepada penerima bahkan ahli keluarga mereka juga, disebabkan kos kehidupan di Singapura yang semakin meningkat. Dengan itu, saya amat bersyukur kerana berpeluang menjadi antara yang dipilih sebagai penerima biasiswa Pergeraq. Ini kerana ia mampu membangkitkan semangat menuntut ilmu agar lebih gigih dalam menumpukan perhatian mereka dalam bidang pembelajaran, dan pengajian Al-Quran mereka,” tambah Encik Abi.

HULUR BANTUAN


Anda boleh menghulurkan bantuan kepada Pergeraq dengan:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp @ 9030-7057 bagi mendapatkan resit. Tulis nama anda/zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’, tulis nama anda/zakat atau derma.

3. Bagi keterangan lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >