Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Majikan perlu patuh garis panduan atur kerja fleksibel mulai 1 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan perlu patuh garis panduan atur kerja fleksibel mulai 1 Dis

Apr 16, 2024 | 04:09 PM



Majikan dijangka mematuhi 10 saranan Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk Garis Panduan Tiga Pihak bagi Pengaturan Kerja Fleksibel (TG-FWAR) apabila ia berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

Menurut kenyataan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 15 April, garis panduan tersebut bertujuan memudahkan pekerja meminta aturan kerja fleksibel (FWA), namun majikan tetap mempunyai hak prerogatif untuk memutuskan pengaturan kerja yang sesuai.

Kumpulan Kerja Tiga Pihak itu telah dibentuk pada September 2023 untuk membangunkan satu set garis panduan untuk permintaan FWA yang dipertimbangkan secara praktikal, dengan mengambil kira keperluan pekerja dan perniagaan.

Ini termasuk melengkapkan pekerja dan majikan dengan sumber dan kemahiran untuk membuat dan mempertimbangkan permintaan FWA dengan betul.

Pekerja boleh mendapatkan bantuan daripada Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep) jika majikan tidak mematuhi keperluan garis panduan.

Namun, garis panduan ini hanya boleh digunakan bagi permintaan FWA rasmi.

Permintaan rasmi boleh ditakrifkan sebagai permintaan yang didokumenkan dan mengandungi maklumat yang diperlukan untuk majikan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diberikan.

Oleh itu, majikan harus mempunyai proses bagi pekerja membuat permintaan FWA rasmi. Sebagai contoh, pekerja boleh membuat permintaan melalui portal kerja atau melalui e-mel kepada penyelia mereka.

Sebagai sebahagian daripada proses ini, jika majikan telah menetapkan keperluan tertentu seperti format atau templat serta maklumat yang diperlukan untuk membuat permintaan FWA rasmi, pekerja harus mengikut keperluan tersebut.

Garis panduan ini seharusnya tidak memerlukan majikan mempertimbangkan permintaan FWA daripada pencari kerja.

Bagaimanapun, majikan masih boleh menyatakan pendekatan atau dasar FWA mereka dalam iklan pekerjaan dan semasa temu duga, agar dapat menguruskan jangkaan pencari kerja terhadap FWA yang boleh mereka sediakan.

Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, yang juga pengerusi bersama Kumpulan Kerja Tiga Pihak, berkata:

“FWA mesti dilaksanakan atas dasar kepercayaan dan persefahaman bersama antara majikan dengan pekerja, agar pekerja mencapai keharmonian kerja-kehidupan yang lebih baik dan majikan mendapat kelebihan daya saing dalam tarikan dan pengekalan bakat.”

“Garis panduan ini akan membentuk norma dan jangkaan di sekitar FWA supaya tempat kerja kita boleh menjadi lebih inklusif dan produktif,” kata beliau semasa lawatan ke cawangan McDonald’s di Ridout Tea Garden di Queensway pada 15 April.

McDonald’s merupakan syarikat yang mengamalkan peraturan kerja fleksibel kepada pekerja-pekerjanya seramai 10,675 di sekitar 151 cawangan serata Singapura.

Antara pekerja yang telah memanfaatkan jadual waktu kerja fleksibel ialah Cik Rumiyati Razali, 50 tahun yang bekerja sebagai ketua pengalaman tetamu di McDonald’s cawangan Bukit Batok West.

“Bulan lepas, anak saya jatuh sakit semasa di tadika dan gurunya menghubungi saya supaya mengambilnya pulang sekitar 12 tengah hari.

“Syif kerja saya pula bermula pada 10 pagi. Saya terpaksa memberitahu pengurus restoran saya bahawa saya harus membawa anak saya pulang.

“Mujur beliau memahami keadaan saya dan menggantikan saya dengan pekerja syif petang,” kongsi Cik Rumiyati, ibu kepada seorang anak perempuan yang berusia enam tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >