Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Faktor untuk kekal bekerja bagi pekerja matang lain dari jangkaan majikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faktor untuk kekal bekerja bagi pekerja matang lain dari jangkaan majikan

Pekerja pilih waktu kerja yang fleksibel sebagai faktor utama kekal bekerja, bukan latihan: Tinjauan
Feb 05, 2024 | 03:12 PM



Majikan berpendapat bahawa rancangan latihan adalah cara terbaik untuk memastikan pekerja matang kekal bekerja dan membantu mereka melanjutkan tempoh kerjaya mereka, menurut satu kajian baru-baru ini.

Namun ini bukanlah amalan utama yang diterapkan syarikat, menurut kajian penyelidikan yang ditugaskan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Yayasan Tsao bertajuk ‘Penuaan Penduduk dan Pertumbuhan Tenaga Kerja yang Lambat’.

Tinjauan dari Julai hingga Ogos 2023 meninjau 601 eksekutif peringkat C-suite (eksekutif kanan dalam syarikat, seperti CEO, COO, CFO), pengurus pengambilan dan pengurus sumber manusia daripada 16 industri dan mendapati bahawa 25 peratus daripada majikan mengenal pasti latihan sebagai strategi sumber manusia paling berkesan manakala 17 peratus memilih waktu kerja yang fleksibel dan 14 peratus memilih sokongan kesihatan dan kesejahteraan.


Namun, 48 peratus daripada pekerja memilih waktu kerja yang fleksibel apabila ditanya tentang langkah-langkah yang diamalkan pada masa ini dalam organisasi mereka untuk memastikan pekerja matang kekal bekerja.

Penemuan utama daripada kajian itu telah dikongsi pada 5 Februari di simposium yang membicarakan mengenai langkah untuk melengkapkan dan mengekalkan pekerja matang, yang dihadiri oleh sekitar 120 peserta termasuk pemimpin kesatuan sekerja, ahli akademik dan majikan.

Kajian itu menekankan keperluan untuk merapatkan jurang antara mengiktiraf kepentingan latihan dengan aplikasi praktikalnya, untuk memastikan pekerja matang kekal bekerja.

Ia juga mendapati bahawa walaupun dengan usaha meningkatkan kemahiran, ramai pekerja matang masih menghadapi kesukaran untuk mencari pekerjaan kerana pengetahuan yang mereka peroleh melalui latihan, tidak mencukupi.

Dalam satu kenyataan pada 5 Februari, NTUC dan Yayasan Tsao berkata: “Dengan tenaga kerja yang semakin menua, jumlah pekerja yang merosot dan kekurangan bilangan pekerja matang yang ingin menjalani latihan, syarikat-syarikat mungkin menghadapi kesukaran untuk kekal berdaya saing.”

Lebih banyak boleh dilakukan untuk mendidik majikan dan orang ramai tentang nilai dan keupayaan pekerja matang, menurut kenyataan yang sama.

Ini termasuk menyemak kurikulum latihan sedia ada, memastikan pelatih dan majikan mempunyai persetujuan tentang tahap kepakaran yang diperlukan untuk peranan tertentu, dan menjalankan semakan berkala untuk kekal dikemas kini mengenai perubahan jangkaan dan permintaan.

Kajian mendapati bahawa syarikat telah menerapkan aturan kerja yang fleksibel dan mengurangkan waktu kerja, mengiktiraf pilihan pekerja matang yang semakin berkembang.

Pada majlis yang sama, NTUC dan Yayasan Tsao menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) lima tahun untuk mendalami isu yang dihadapi pekerja matang.

Di bawah perjanjian itu, kedua-dua organisasi akan bekerjasama dalam dua kajian penyelidikan untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja matang dan nilai kepada majikan.

Mereka juga akan menjalankan dua projek kotak percubaan atau sandbox untuk menunjukkan amalan terbaik atau idea inovatif berkaitan pekerja matang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >