Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majikan rakam dirinya tengking pembantu rumah

Sep 24, 2024 | 4:26 PM
Dalam video yang tular, seorang majikan sedang memarahi dan menengking pembantu rumahnya kerana tidak mengisi buku tugas seperti apa yang disuruhnya. Regent Maid Agency juga memberikan kenyataan mengenai kejadian tersebut.
Dalam video yang tular, seorang majikan sedang memarahi dan menengking pembantu rumahnya kerana tidak mengisi buku tugas seperti apa yang disuruhnya. Regent Maid Agency juga memberikan kenyataan mengenai kejadian tersebut. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK/REGENT MAID AGENCY

Salah faham boleh timbul bukan sahaja akibat tahap pendidikan yang berbeza malah akibat halangan bahasa kerana ramai pembantu rumah datang ke Singapura tidak fasih dalam bahasa Inggeris.

Terdapat satu video yang tular dirakam oleh seorang majikan yang sedang memarahi dan menengking pembantu rumahnya kerana tidak mengisi buku tugasnya.

Difahamkan majikan itu telah menyediakan satu sistem di mana pembantu rumahnya perlu mencatatkan kerja rumah serta masa yang diambil untuk selesaikan tugas tersebut.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Regent Maid Agency melalui akaun Facebook mereka, majikan ini dilihat sedang menyoal pembantu rumahnya.

Namun, pembantu rumahnya hanya mendiamkan diri.

Majikan tersebut meyatakan bahawa beliau merakam kejadian ini kerana pembantu itu tidak menjawab soalannya.

“Saya bukan memarahi kamu sekarang,” kata majikannya dalam video tersebut.

Namun, selepas sekitar seminit pembantu rumah itu kekal mendiamkan diri, majikannya menjadi semakin marah.

Beliau menghentak tangannya ke meja lalu memekik: “Helo!”

Menurut Regent Maid Agency, majikan tersebut kurang senang dengan kemahiran bahasa serta prestasi kerja pembantu rumahnya itu.

“Walaupun usaha kami untuk menyelaras jangkaan dan menawarkan sokongan, isu ini berterusan,” jelas agensi tersebut.

Majikan itu, yang dikatakan seorang pempengaruh media sosial, memberitahu agensi tersebut bahawa beliau bercadang untuk menarik perhatian ramai terhadap situasinya agar ia boleh dijadikan amaran kepada bakal majikan yang lain.

Agensi itu berkongsi bahawa pembantu rumah itu telah “mengalami tekanan yang ketara akibat persekitaran kerja, termasuk kejadian penderaan lisan”.

Situasinya juga telah membuatnya untuk mempertimbangkan pilihan unutk pulang ke negara asalnya akibat keadaan yang mencabar yang dilaluinya.

“Walaupun majikan mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan mereka, ia juga penting untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh agensi dan pembantu,” menurut Regent Maid Agency dalam catatan Facebook itu.

“Kami mengakui cabaran yang dihadapi oleh pembantu, termasuk tekanan lisan dan mental. Kami terus menangani isu ini mengikut garis panduan sedia ada dan akan memberikan maklum balas kepada pihak berkuasa yang berkaitan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg