Majlis Khatam Al-Quran Madrasah Al-Ma’arif kembali semarak Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis Khatam Al-Quran Madrasah Al-Ma’arif kembali semarak Ramadan

Feb 27, 2026 | 5:30 AM

Majlis Khatam Al-Quran Madrasah Al-Ma’arif kembali semarak Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Madrasah Al-Maarif, Majlis Khatam Al-Quran
Pelajar Madrasah Al-Ma’arif akan berkumpul di Aras 1 pada 12 Mac bagi Majlis Khatam Al-Quran dengan penuh ketekunan, khusyuk serta semangat kebersamaan. - Foto MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah, akan menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada 12 Mac.

Program bacaan itu melibatkan pelajar Al-Ma’arif dan dipimpin Ustazah Radhiah Ramli.

Acara tahunan itu menjadi antara program utama madrasah setiap kali Ramadan, sebagai wadah menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana di Madrasah Al-Ma’aarif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, pihaknya membuka peluang kepada orang ramai menyertai infak sebanyak $50 bagi tiga nama yang dikirimkan.

“Nama-nama yang dikirimkan bagi tujuan infak akan ditayangkan di skrin dan turut dibacakan semasa majlis khatam Al-Quran.

“Ini memberi peluang kepada masyarakat bersama-sama meraih keberkatan Ramadan di samping menyemarakkan semangat kebersamaan, ukhuwah dan rasa syukur dalam bulan penuh rahmat ini.

“Diharapkan usaha kecil ini menjadi kebaikan yang berpanjangan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat kita,” ujar Cik Radhiyah.

Menurut beliau, sumbangan infak tersebut bukan sahaja menyokong penganjuran majlis, malah membantu dana prasarana madrasah secara keseluruhan.

“Sokongan masyarakat amat kami hargai kerana setiap sumbangan, sama ada infak, zakat harta ataupun derma, akan disalurkan bagi menampung kos operasi dan penyelenggaraan Madrasah Al-Ma’arif,” katanya.

Madrasah di Lorong 39 Geylang itu memerlukan sekitar $2 juta setiap tahun bagi menampung kos penyelenggaraan, pembangunan serta keperluan operasi harian.

Selain itu, 2026 turut menyaksikan ulang tahun ke-90 penubuhan Madrasah Al-Ma’arif yang bakal disambut pada September.

Beberapa program dan kegiatan khas akan dianjurkan sempena sambutan bersejarah itu.

“Alhamdulillah, sepanjang 90 tahun ini, kami telah melahirkan lulusan yang bukan sahaja berjaya dalam bidang masing-masing, malah terus menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara.

“Kejayaan mereka menjadi kebanggaan serta inspirasi buat kami semua,” tambah Cik Siti Radhiyah.

Beliau turut menambah, pihak madrasah amat mengalu-alukan penyertaan para alumni, ibu bapa dan rakan strategik dalam menjayakan sambutan ini.

SEKILAS:

1. Waktu operasi Madrasah Al-Ma’arif semasa Ramadan dari 8.30 pagi hingga 4 petang. Untuk pertanyaan, sila hubungi talian 6747-9835 atau lungsuri laman web rasmi di https://almaarif.edu.sg/

2. Orang ramai boleh menyumbang melalui PayNow ke UEN: S36MM0001G dengan catatan ‘Derma’ atau ‘Zakat’ di ruang ‘rujukan’.

3. Sumbangan juga boleh disalurkan dengan mengisi borang dalam talian menerusi pautan rasmi yang disediakan. Sila klik: https://bh.sg/maarif

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg