Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Majlis peringati Hari Kebangsaan di Istana

Aug 8, 2023 | 7:00 PM
MELAFAZKAN IKRAR: Presiden Halimah Yacob bersama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri); Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (dua dari kanan); Encik Heng Swee Keat (dua dari kiri); dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean (paling kanan), semasa melafazkan ikrar negara bersama di Istana sempena menyambut ulang tahun S’pura ke-58
MELAFAZKAN IKRAR: Presiden Halimah Yacob bersama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri); Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (dua dari kanan); Encik Heng Swee Keat (dua dari kiri); dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean (paling kanan), semasa melafazkan ikrar negara bersama di Istana sempena menyambut ulang tahun S’pura ke-58 - Foto FACEBOOK HALIMAH YACOB

Majlis Memperingati Hari Kebangsaan diadakan di Istana pada Selasa, sehari sebelum negara menyambut ulang tahunnya yang ke-58 pada Rabu.

Presiden Halimah Yacob disertai Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Encik Heng Swee Keat; dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Sempena menyambut acara itu, lagu kebangsaan dinyanyikan dan ikrar negara dilafaz bersama. Sesi nyanyian turut diadakan dengan lagu One People, One Nation, One Singapore.

Acara diakhiri dengan persembahan oleh Musical Theatre Ltd di Istana.

“Apabila kita meraikan hari lahir negara kita pada Rabu, haruslah kita mengingati 58 tahun kemajuan dan pencapaian yang luar biasa.

“Kita juga harus terus membina ikatan yang boleh mewujudkan masyarakat yang harmoni sambil menuju ke arah masa depan yang akan dikongsi bersama,” tulis Presiden Halimah dalam satu hantaran di Facebooknya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg