Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Eng Hen sertai upacara Mindef, SAF rai Hari Kebangsaan

Aug 8, 2023 | 2:53 PM
MERAIKAN KEMERDEKAAN NEGARA: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (tengah, berbaju kuning) dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad (di kanan Encik Ng), bersama-sama kakitangan Mindef dan SAF serta peserta dari So Drama! Entertainment semasa upacara rai Hari Kebangsaan yang diadakan di Mindef pada Selasa.
MERAIKAN KEMERDEKAAN NEGARA: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen (tengah, berbaju kuning) dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad (di kanan Encik Ng), bersama-sama kakitangan Mindef dan SAF serta peserta dari So Drama! Entertainment semasa upacara rai Hari Kebangsaan yang diadakan di Mindef pada Selasa. - Foto MINDEF

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyertai kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam Upacara Memperingati Hari Kebangsaan pada Selasa.

Dalam upacara yang diadakan di Mindef itu, Dr Ng berserta 900 kakitangan Mindef dan SAF menyanyikan lagu kebangsaan dan melafazkan ikrar negara.

Turut hadir di upacara itu ialah; Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; Setiausaha Tetap (Pertahanan), Encik Chan Heng Kee; Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Muda Aaron Beng; Setiausaha Tetap Pembangunan Pertahanan, Encik Melvyn Ong serta pegawai kanan lain dari Mindef dan SAF.

Upacara itu dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh sayap seni SAF, Music and Drama Company berdasarkan tema Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2023, “Majulah Bersatu”, memperingati 58 tahun kemerdekaan dengan kisah-kisah yang merangkumi masa lalu dan membayangkan masa depan Singapura.

Persembahan tersebut bertujuan meraikan sejarah unik Singapura dan merangkumi himpunan lagu-lagu Hari Kebangsaan serta tayangan perjalanan Singapura dalam era berbeza.

Kesemua unit SAF, termasuk yang kini di luar negara untuk menjalani latihan, telah mengadakan upacara bagi meraikan dan memperingati Hari Kebangsaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg