Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maklumat peribadi pelanggan Poh Heng Jewellery dicerobohi

Mar 30, 2024 | 11:25 PM
Ketua Eksekutif Poh Heng, Encik Eugene Goh, dalam satu kiriman surat pemberitahuan berkata dalang pencerobohan data ini juga meraih maklumat tentang tarikh hari lahir, nama pengguna dan negara kediaman pelanggan.
Ketua Eksekutif Poh Heng, Encik Eugene Goh, dalam satu kiriman surat pemberitahuan berkata dalang pencerobohan data ini juga meraih maklumat tentang tarikh hari lahir, nama pengguna dan negara kediaman pelanggan. - Foto ST

Nama, nombor telefon dan alamat e-mel pelanggan rangkaian barang kemas tempatan Poh Heng Jewellery telah diakses dalam satu kes pencerobohan data pada 25 Mac.

Ketua Eksekutif Poh Heng, Encik Eugene Goh, dalam satu kiriman surat pemberitahuan yang dapat dilihat akhbar The Straits Times (ST) berkata dalang pencerobohan data ini juga meraih maklumat tentang tarikh hari lahir, nama pengguna dan negara kediaman pelanggan.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai kad kredit yang digunakan pelanggan untuk pembayaran yang diperolehi sebab Poh Heng tidak menyimpan data berkenaan, tambahnya.

Penyerang siber ini juga tidak memperolehi kata laluan pelanggan.

Menjawab pertanyaan media, pegawai pelindungan data Poh Heng, Encik Ezekiel Chin, berkata laporan polis dan Suruhanjaya Pelindungan Data Peribadi (PDPC) telah dibuat.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan keterangan lanjut mengenai bilangan pelanggan yang terjejas kerana siasatan masih dijalankan.

Kata Encik Chin:

“Kami sedang bekerjasama dengan pasukan dan pakar yang relevan untuk menyiasat insiden ini dan ingin meminta maaf seikhlasnya kepada pelanggan yang terjejas.

“Keselamatan data dan privasi pengguna amat penting buat kami dan kami akan secara menyeluruh menyemak platform kami dan proses pelindungan data bagi memperkukuh langkah keselamatan dalam menentang serangan akan datang.”

Laman web Poh Heng Jewellery mengetengahkan notis yang memberi gambaran ia sedang dipertingkatkan. Ia kekal sebegitu dan kali terakhir diakses pada 8 malam.

Poh Heng dibangunkan pada 1948 dengan 17 cawangan serata Singapura.

Pada 22 Februari 2024, ruang dagangan dalam talian Carousell didenda $58,000 oleh PDPC bagi dua kes pencerobohan data berasingan pada 2022 yang menjejas sekurang-kurangnya dua juta pengguna.

ST telah menghubungi polis dan PDPC bagi mendapatkan keteranjang lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg