Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Makna Hari Raya dulu lain, sekarang lain...

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makna Hari Raya dulu lain, sekarang lain...

Apr 08, 2024 | 06:05 PM



Semasa kecil, keghairahan yang dirasakan menjelang Hari Raya Aidilfitri biasanya boleh dikaitkan dengan rasa tak sabar nak kenakan pakaian serba baru atau untuk melihat siapa yang boleh kumpul duit Raya paling banyak.

Semakin kita meningkat dewasa, makna serta apa yang kita utamakan dan hargai semasa Hari Raya turut berubah.

Kini, tempoh perayaan tersebut lebih bermakna bukan hanya kerana suasananya yang meriah, bahkan hidangan istimewa yang dinikmati ataupun perihal duit Raya (apatah lagi bila dah tergolong di kalangan ‘pemberi’ dan bukan lagi ‘penerima’).

Ia lebih bermakna kerana ia merupakan satu-satunya tempoh yang mana kita dapat bertemu dan beramah mesra dengan saudara mara yang sudah dikenali sejak kecil.

Apa yang lebih menarik, kita juga dapat melihat bagaimana mereka berubah tahun demi tahun – ada yang berubah perwatakan, kematangan, gaya fesyen dan mungkin juga sentimen politik – memang macam-macam kerenah yang kita dapat lihat apabila berkumpul!

Namun, kepelbagaian ini yang membuat setiap sambutan Lebaran satu kenangan indah yang sentiasa terpahat di hati, atau kata orang core memory.


Bila lagi nak tengok lebih 20 orang berhimpun dalam satu rumah, masing-masing dengan keletah dan kerenah tertentu, semuanya bergembira meskipun peluang berjumpa setahun sekali saja.

Semakin kita dewasa, semakin kita menghargai kehadiran individu berbeza dalam hidup kita dan keinginan untuk mengekalkan hubungan silaturahim serta tali persaudaraan yang sudah wujud semakin tinggi.

Tentu sekali Hari Raya bukan satu-satunya masa untuk mengukuhkan silaturahim, tapi secara jujur, dalam kehidupan seperti di Singapura sekarang, nak peruntukkan masa untuk luangkan bersama keluarga kecil sendiri sudah menjadi satu cabaran.

Justeru, apa sahaja peluang yang tersedia, kita perlu manfaatkan sepenuhnya dan menghargainya.

Ini meskipun ‘interaksi’ tersebut mungkin berbentuk lecture yang membentangkan sebab-sebab mengapa parti politik tertentu lebih layak memerintah Singapura!


Kadangkala pula ia berbentuk ‘sesi kaunseling’ yang dimulakan dengan “Bila lagi nak kahwin/ada anak/ada anak kedua/ada anak ketiga dan seterusnya”.

Ataupun, interaksi tersebut berubah menjadi ‘sesi syarahan’ yang menekankan mengapa penting untuk kita menjalinkan hubungan kukuh dengan ibu ayah, saudara mara, mak cik pak cik dan sebagainya.

Apa jua bentuk interaksi tersebut, kita harus menghargai dan menganggapnya sebagai menyumbang kepada main plot kita atau pengalaman hidup kita.


Ini satu peringatan pada diri saya juga untuk memastikan diri sentiasa zen dalam interaksi dengan saudara mara.


Ini kerana memang tak dinafikan dalam banyak-banyak perbualan pasti ada yang menimbulkan kemarahan.

Namun, kita berupaya untuk menentukan sama ada sesuatu yang dikatakan itu boleh menjejas perasaan kita atau tidak.

Yang penting, dalam memastikan hubungan persaudaraan dapat diperkukuh semasa tempoh perayaan ini, kita perlu hadirkan diri, bukan sekadar secara fizikal tetapi juga secara mental.

Hadir tidak bermakna sekadar berada di tempat perjumpaan, duduk di tepi bermain telefon bimbit, tetapi untuk turut bertanya khabar antara satu sama lain dan beramah mesra.

Ini kerana sama ada kita suka atau tidak, Aidilfitri inilah waktu sesuai untuk kita mengukuhkan pertalian keluarga, membina hubungan mesra serta bermaaf-ma­afan.

Ini mungkin realiti yang sukar diterima sesetengah orang, namun Lebaran tidak pernah gagal membuka ruang untuk kita membina persaudaraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >