Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Raya bersama Berita Harian sepanjang hari di YouTube

Pelbagai video sempena Hari Raya untuk dinikmati pada 1 Syawal di saluran YouTube Berita Harian Singapura
Apr 08, 2024 | 05:53 PM



“Hidup ini tak selalunya senang.

“Ada masa kita kena tabah, kita kena berkorban.”

Kata-kata yang diungkapkan watak ibu bernama Kasih dalam filem pendek Berita Harian sempena Aidilfitri yang bertajuk Pesan Mama itu membawa seribu makna buat saya pada Ramadan ini dan menjelang Syawal yang bakal tiba.


Dalam memberi nasihat itu kepada anaknya, Khairina, Kasih mengingatkan anak sulungnya itu akan pentingnya sikap daya tahan dan tidak mudah putus asa meskipun di saat dugaan datang menimpa.

Sifat tabah ini juga terserlah dalam masyarakat Melayu/Islam Singapura, dengan lima kisah mereka akan dipaparkan Berita Harian sempena Aidilfitri ini menerusi pelbagai wadah.

Ini termasuk menerusi program Hari Raya sepanjang hari, Smaye! (cara comel untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’, biasanya digunakan orang muda), yang akan disiarkan di saluran YouTube Berita Harian pada 10 April.


Antaranya termasuk kisah seorang ibu lima anak yang bersyukur dapat beraya bersama cahaya matanya pada 2024 selepas dibebaskan dari penjara sekitar Mei 2023.

Satu lagi kisah yang menyentuh hati ialah seorang bapa tiga anak, 39 tahun, yang dijadual menjalani pembedahan untuk membuang satu tumor barah yang tumbuh di bahagian otaknya pada 9 April, sehari sebelum Hari Raya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Besar dugaan yang dihadapi keluarga ini, namun mereka tabah menghadapi ujian itu dengan yakin dan tabah sehari ke sehari.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan kita akan terus menghadapi pelbagai cabaran dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Namun yang paling penting ialah cara kita tempuhi segala cabaran itu, baik kecil mahupun besar, dan bangkit semula, dengan pengalaman dan kenangan yang mendewasakan kita.

Oleh itu, semangat waja dan tekad sekumpulan wartawan muda Berita Harian menjayakan program Hari Raya sulung akhbar ini di wadah digital sepanjang hari pertama Hari Raya pada 10 April ini amat membanggakan.

Mereka termasuk penerbit dan penyampai podcast No Tapis, Cik Natasha Mustafa; Wartawan Video, Encik Abdul Qayyum Sarip; Penerbit Media Sosial, Cik Amira Syaheera Azlan; serta Wartawan Media Sosial, Cik Ameerah Sallehudin dan Cik Nurul Insyirah Mohd Shukor.

Sepanjang Ramadan, mereka bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai kandungan yang bertujuan menjadi sumber inspirasi bagi masyarakat selain menyentuh hati dan menghiburkan orang ramai bagi program Smaye! di saluran YouTube Berita Harian.


Berita Harian telah melalui transformasi sejak Jun 2023 dan sejak itu, akhbar ini telah beralih daripada mengutamakan media cetak kepada yang mengutamakan wadah digital.

Program Smaye! juga salah satu cara baru akhbar ini mendekati masyarakat, iaitu menerusi kandungan inovatif.


Terhasilnya program Smaye! dan filem pendek Pesan Mama adalah detik yang bersejarah bagi Berita Harian kerana belum pernah ada usaha seperti itu sebelum ini dan tiada bahan untuk dijadikan rujukan bagi wartawan muda ini.


Usaha di sebalik tabir pun bukan ‘kaleng-kaleng’ seperti kata orang Jawa, atau ‘bukan sembarangan’ kata orang Melayu.

Sebaliknya, ia memerlukan pasukan lima wartawan muda itu bersatu menggembleng tenaga dan bekerjasama dengan rapat, dengan bimbingan wartawan lain yang lebih berpengalaman serta editor akhbar ini untuk menghasilkan kandungan yang bermutu tinggi dan cukup membanggakan Berita Harian.

Dengan pelbagai idea dan kandungan baru yang ditawarkan ini, pastinya Ramadan kali ini lebih sibuk bagi kakitangan akhbar ini namun ia lebih bermakna dan cukup memuaskan, dengan semangat yang baru.

Dengan Ramadan tahun ini yang akan bertolak pulang dan Syawal pula yang bakal bertandang, SHRMZB (Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin).

Smaye!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >