Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki bertolak ke Tanah Suci 9 Jun, ketuai rombongan haji S’pura

Jun 9, 2024 | 8:08 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kanan), berbual dengan Cik Sapiah Mamat (dua dari kiri), 88 tahun, jemaah haji paling tua dalam rombongan pada 2024. Cik Sapiah, yang bersemangat walaupun menghadapi masalah mobiliti, penyakit darah tinggi dan jantung, ghairah untuk menunaikan ibadah haji.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kanan), berbual dengan Cik Sapiah Mamat (dua dari kiri), 88 tahun, jemaah haji paling tua dalam rombongan pada 2024. Cik Sapiah, yang bersemangat walaupun menghadapi masalah mobiliti, penyakit darah tinggi dan jantung, ghairah untuk menunaikan ibadah haji. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), akan berangkat untuk ibadah Haji pada malam 9 Jun.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 9 Jun, beliau yang juga Ketua Rombongan Haji bagi 2024 akur bahawa mengetuai rombongan haji adalah satu tanggungjawab yang besar.

“Saya berharap semua jemaah kita mendapat perjalanan yang lancar dan diberkati. Semoga perjalanan ini membawa kedamaian dan pertumbuhan rohani kepada semua yang terlibat,” kata beliau. 

Beliau turut berkongsi pengalaman beliau ketika menghantar satu lagi kumpulan jemaah Haji dari Thoha dan Hagel di Lapangan Terbang Changi pada pagi 9 Jun. 

“Ia adalah pengalaman yang menyentuh hati melihat kegembiraan dan ketakwaan di wajah mereka dan keluarga mereka ketika mereka memulakan perjalanan rohani ini,” kata beliau.

Rombongan pertama Singapura telah berangkat untuk menunaikan ibadah haji pada 3 Jun. Seramai 109 anggota jemaah yang merangkumi 31 orang daripada Noor Mohamad Services & Travel, dan seramai 78 orang daripada Halijah Travels telah berangkat dari Lapangan Terbang Singapura pada hari itu.

Kumpulan terakhir jemaah haji Singapura dijangka berlepas pada 10 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg