Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Maliki: Kabinet baru akan laksana amanah, bawa kemakmuran, kesejahteraan rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Kabinet baru akan laksana amanah, bawa kemakmuran, kesejahteraan rakyat

May 15, 2024 | 09:00 PM



Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah menjadi tokoh penting dalam menangani pandemik Covid-19, meraih penghormatan dan rasa kagum daripada rakan sekerja dan rakyat. 

Menyatakan demikian dalam catatan di Facebooknya pada 15 Mei, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, menambah bahawa pengendalian strategik Encik Wong sebagai Menteri Kewangan terhadap kewangan negara dan pendekatan inklusif dalam membuat dasar juga mendapat pujian. 

Mengucapkan tahniah kepada Encik Wong atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri keempat yang “amat membanggakan”, Dr Maliki menyatakan: “Saya berbesar hati kerana berpeluang bekerja bersama Lawrence dalam pelbagai kesempatan dan dapat menyaksikan komitmen serta visi Lawrence untuk membawa Singapura ke tahap pembangunan seterusnya.”

Dengan pelantikan itu, Encik Lee Hsien Loong melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dr Maliki turut merakamkan penghargaan yang tulus kepada Encik Lee atas dedikasi dan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri Singapura selama hampir 20 tahun.

“Di bawah bimbingan beliau, Singapura telah mengalami banyak kemajuan dan peningkatan yang luar biasa. 

“Encik Lee bukan sahaja berjaya mengukuhkan kedudukan Singapura di persada antarabangsa, malah turut mempertingkatkan pengaruh dan reputasi Singapura di peringkat global.

“Sumbangan beliau yang tidak ternilai pasti akan terus dikenang dan dihargai oleh seluruh rakyat Singapura,” kata Dr Maliki.

Akur bahawa Singapura menghadapi masa hadapan yang semakin rumit dan mencabar, Dr Maliki berkata bahawa bersama-sama rakan kabinet baru yang dipimpin PM Lawrence Wong, mereka akan “bekerja keras untuk rakyat dan memimpin Singapura ke arah masa hadapan yang lebih cerah, dan melaksanakan amanah membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >