Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki: Pertandingan kemahiran bantu belia kekal relevan, berdaya saing

Apr 7, 2025 | 7:11 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (tengah), menegaskan kepentingan warga Singapura sentiasa meningkat kemahiran untuk memastikan daya saingan dalam zaman ekonomi yang mudah dilanda gangguan. Bersamanya, peserta Kesihatan dan Penjagaan Sosial dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Aqilah Tarishah Mohamad Fadil, 19 tahun (kiri), dan Savitha Vikkiraman, 18 tahun.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (tengah), menegaskan kepentingan warga Singapura sentiasa meningkat kemahiran untuk memastikan daya saingan dalam zaman ekonomi yang mudah dilanda gangguan. Bersamanya, peserta Kesihatan dan Penjagaan Sosial dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Aqilah Tarishah Mohamad Fadil, 19 tahun (kiri), dan Savitha Vikkiraman, 18 tahun. - Foto WORLDSKILLS SINGAPORE

Amat penting bagi belia mengamalkan sikap ingin tahu dan kegigihan untuk kekal relevan dalam zaman ekonomi yang sentiasa dilanda gangguan dan masa depan yang tidak menentu. 

Demikian dinyatakan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, di acara penutup WorldSkills Singapore (WSS) 2025, pada 7 April. 

Pertandingan kemahiran yang diadakan setiap dua tahun itu menyaksikan jumlah peserta terbesar kali ini, dan berlangsung dari 3 hingga 5 April. 

Lebih ramai pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik diberi peluang meningkatkan kemahiran mereka melalui pertandingan itu. 

“Semoga setiap peserta memperjuangkan minat dan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat,” kata Dr Maliki.

Seramai 265 belia ITE dan politeknik turut menyertai WSS, mempamerkan lebih 26 bidang kemahiran. 

Antara peserta yang bertanding, 35 telah memenangi pingat emas, dan berpeluang mewakili Singapura dalam WorldSkills Asean (WSA) dan antarabangsa. 

Pertandingan WSA akan diadakan di Manila, Filipina, pada 25 hingga 30 Ogos, sementara WorldSkills antarabangsa akan diadakan di Shanghai pada September 2026. 

Dalam ucapannya, Dr Maliki turut menyentuh tentang keputusan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengenakan tarif ke atas beberapa negara seluruh dunia. 

Mengenai hal tersebut, Dr Maliki berkata: “Ramai penganalisis bimbang ini akan menyebabkan perang perdagangan sejagat, yang akan menjejas Singapura dan daya saingan kita.

“Sebuah tenaga buruh yang mahir akan menjadi aset penting untuk memastikan daya saingan kita.” 

WSS 2025 telah memberi peluang kepada peserta mempamerkan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang, daripada Memasak, Keselamatan Siber, Pembinaan Digital, Kesihatan dan Penjagaan Sosial kepada Mekatronik dan banyak lagi. 

Acara itu juga bertujuan meningkatkan minat awam terhadap kemahiran, dan memberi Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya (ECG) lebih baik untuk pelajar.

Sebanyak 30 pingat emas, 28 pingat perak, dan 29 pingat gangsa telah diraih daripada pertandingan tersebut. 

Antara pemenang pingat emas ialah Wan Julita Alyssa Wan Ismail, 21 tahun, pemenang Resepsi Hotel. 

“Walaupun saya rasa takut pada mulanya, pengalaman saya amat mengagumkan kerana saya dapat pelajari banyak kemahiran yang baru,” kata Cik Julita. 

Seorang pelajar Politeknik Republic (RP) dalam bidang layanan tamu, Cik Julita merupakan salah seorang pemenang yang bakal bertanding di WSA pada Ogos dan WS antarabangsa pada September 2026. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg