Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki rai murid Darjah 1, ulang tahun ke-60 Sekolah Rendah Changkat

Jan 2, 2025 | 6:02 PM
Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, mengambil peluang menyertai pelajar Darjah 1 di hari pertama persekolahan.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, mengambil peluang menyertai pelajar Darjah 1 di hari pertama persekolahan. - Foto MOE

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), mengunjungi Sekolah Rendah Changkat pada hari pertama persekolahan pada 2 Januari.

Lawatan itu bertambah istimewa kerana sekolah tersebut menyambut ulang tahunnya yang ke-60 pada 2025.

Dalam satu hantaran di Instagram beliau, Dr Maliki berkongsi bahawa beliau terharu melihat senyuman yang memenuhi suasana hari pertama persekolahan.

“Lawatan pada hari pertama ke sekolah itu penuh dengan kegembiraan, apabila saya melihat keceriaan murid Darjah 1 dapat menyesuaikan diri dengan lancar, serta diberi kasih sayang dan dorongan oleh guru-guru dan ibu bapa mereka.

“Keriangan dapat dirasakan apabila mereka memulakan perjalanan pembelajaran mereka dalam persekitaran yang penuh bimbingan,” kata beliau.

Dalam lawatan itu, Dr Maliki antara lain membuka kapsul masa yang disimpan di sekolah itu 10 tahun lalu, serta turut berjumpa ibu bapa serta sukarelawan, dan mengadakan dialog bersama guru dan kakitangan sekolah tersebut.

“Membuka kapsul masa itu merupakan satu detik yang menyentuh hati – satu peringatan indah mengenai kekayaan sejarah sekolah ini dan aspirasi untuk terus membentuk masa depannya,” ujar beliau.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga  Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, turut membuka kapsul yang telah disimpan selama 10 tahun di Sekolah Rendah Changkat.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, turut membuka kapsul yang telah disimpan selama 10 tahun di Sekolah Rendah Changkat. - Foto MOE

Dr Maliki mengucapkan tahniah kepada sekolah tersebut sempena ulang tahunnya.

“Bagi Sekolah Rendah Changkat, tahniah atas 60 tahun yang hebat dalam mendidik minda murid! Semoga anda terus berkembang dengan lebih kuat pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau meraikan murid yang memulakan pengajian mereka pada 2 Januari dan mengharapkan 2025 menjadi tahun bagi mereka memperoleh pengetahuan, pembangunan, dan persahabatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg