Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki sambut lawatan Kongres AS ke S’pura

Sep 7, 2023 | 4:03 PM
DALAMI HUBUNGAN DUA HALA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (enam dari kiri), yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), menyambut Delegasi Kongres (Codel) Amerika Syarikat yang diketuai Pengerusi Persidangan Republikan Dewan merangkap ahli Dewan Perwakilan, Cik Elise Stefanik (tujuh dari kiri), ke Singapura pada Rabu.
DALAMI HUBUNGAN DUA HALA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman (enam dari kiri), yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), menyambut Delegasi Kongres (Codel) Amerika Syarikat yang diketuai Pengerusi Persidangan Republikan Dewan merangkap ahli Dewan Perwakilan, Cik Elise Stefanik (tujuh dari kiri), ke Singapura pada Rabu. - Foto FACEBOOK DR MALIKI OSMAN

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, menyambut Delegasi Kongres (Codel) Amerika Syarikat yang diketuai Pengerusi Persidangan Republikan Dewan merangkap ahli Dewan Perwakilan, Cik Elise Stefanik, ke Singapura pada Rabu.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), berkata terdapat penghargaan bersama terhadap kekuatan dan kedalaman hubungan dua hala antara Singapura dengan Amerika.

Dalam catatannya di Facebook pada Rabu, Dr Maliki berkata: “Kami berbincang tentang pelbagai isu, termasuk peluang pertumbuhan di rantau ini serta perkembangan geopolitik yang lebih luas.

“Saya berharap lawatan ke Singapura ini membuahkan hasil bagi Codel dan saya berharap mereka selamat dalam perjalanan mereka seterusnya.”

“Kami berbincang tentang pelbagai isu, termasuk peluang pertumbuhan di rantau ini serta perkembangan geopolitik yang lebih luas. Saya berharap lawatan ke Singapura ini membuahkan hasil bagi Codel dan saya berharap mereka selamat dalam perjalanan mereka seterusnya.”
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam catatannya di Facebook.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg