Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Maliki harap hubungan rakyat S’pura, Kepulauan Riau akan diperdalam

Aug 13, 2023 | 12:31 PM
BERSAMA ANAK MUDA: Dr Maliki (tiga dari kiri) menemui personaliti perniagaan muda di Batam pada 10 Ogos.
BERSAMA ANAK MUDA: Dr Maliki (tiga dari kiri) menemui personaliti perniagaan muda di Batam pada 10 Ogos. - Foto-foto MFA

Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, melahirkan harapannya agar hubungan antara rakyat Singapura dan Kepulauan Riau (Kepri), Indonesia akan diperdalam di akhir lawatannya ke wilayah tersebut baru-baru ini.

Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan, telah mengadakan lawatan ke Kepri, termasuk Batam dan Pulau Pinang, dari 10 hingga 12 Ogos.

Dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu, Dr Maliki menyifatkan hubungan antara Singapura dan Kepri sebagai amat baik dan saling menguntungkan.

“Banyak yang telah berubah di kepulauan Riau sejak lawatan terakhir saya pada 2022, tetapi hubungan Singapura-Kepri kekal kukuh.

“Saya yakin hubungan kami akan terus mekar pada masa hadapan,” kata Dr Maliki.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg