Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Maliki: Sokongan masyarakat kunci elak rasa ketinggalan keluarga susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Sokongan masyarakat kunci elak rasa ketinggalan keluarga susah

50,000 keping kuih Raya diagih kepada 1,000 keluarga susah berbilang kaum di East Coast
Apr 06, 2024 | 05:39 PM



Sokongan masyarakat, tidak kira bangsa dan agama, adalah kunci utama dalam menggalak mobiliti sosial dan memastikan mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah tidak berasa ketinggalan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Justeru, beliau berkata mereka yang lebih berkemampuan harus tampil untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

Dr Maliki berkata demikian semasa menghadiri acara Muhibah Aidilifitri bersama GRC East Coast 2024 di Kelab Masyarakat Siglap pada 6 April untuk menghadiahkan kuih Hari Raya kepada penduduk berpendapatan rendah.


Sekitar 120 sukarelawan dari East Coast telah menyertai acara bake-a-thon sepanjang minggu untuk menghasilkan 50,000 keping kuih Raya seperti rempeyek, bangkit dan suji.


“Kita tahu bahawa dalam suasana Ramadan, ada di kalangan masyarakat kita yang kurang berkemampuan,” kata Dr Maliki.


“Mereka ingin menyambut Raya dengan meriah seperti keluarga-keluarga yang lain tetapi mereka kurang berkemampuan. Lebih-lebih lagi anak-anak mereka.


“Kami ingin menunjukkan keprihatinan masyarakat East Coast yang mempunyai kelebihan sedikit untuk tampil menyumbang tenaga dan memberi keceriaan kepada mereka yang kurang berkemampuan,” ujar Dr Maliki.


Turut hadir ialah anggota Akar Umbi GRC East Coast yang lain iaitu Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat; Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; dan Anggota Parlimen (AP) Cik Jessica Tan dan Cik Cheryl Chan.

Mereka menyertai sekitar 50 sukarelawan pada 6 April untuk memuatkan dulang berisi kuih Raya itu ke dalam kenderaan untuk diagihkan kepada 1,000 keluarga berpendapatan rendah di serata GRC East Coast

“Semangat kekampungan, semangat kemasyarakatan kita begitu wujud dan menyemarak sekali di East Coast. Yang datang bukan sahaja masyarakat Melayu/Islam kita, malah masyarakat bukan Melayu/Islam juga.

“Mereka memahami intipati semangat Ramadan dan semangat Hari Raya dan saya harap apa yang kita lakukan hari ini, memberi satu harapan kepada penerima bantuan bahawa mereka tidak bersendirian.

“Mereka tidak harus menyambut Hari Raya dalam keadaan yang muram ataupun sayu, tapi mereka boleh menikmati keceriaan Hari Raya bersama kita,” kata Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan).







Antara penduduk East Coast yang menerima kuih Raya dan beg habuan ialah Encik Abdul Wahid Maideen, 58 tahun, yang tinggal di flat HDB tiga bilik bersama isteri dan anak perempuannya.

Encik Wahid baru sahaja kehilangan pekerjaan empat minggu lalu setelah kontrak pekerjaannya di sebuah syarikat logistik tamat. Isterinya, yang berkerusi roda, pula tidak kerja kerana menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, buah pinggang, jantung dan glaukoma.

“Bulan puasa ni amat mencabar bagi saya kerana saya tidak bekerja. Saya perlu hantar isteri saya ke hospital, bayar bil hospital. Jadi agak susah sikit bagi saya,” kata Encik Wahid.

“Saya amat gembira Dr Maliki dapat datang ke rumah saya dan memberi habuan ini. Dapat juga kami sambut Hari Raya dengan kuih-muih ini,” kata beliau lagi.







Selain masyarakat Melayu/Islam, Dr Maliki juga mengagihkan kuih Raya kepada penduduk bukan Islam, seperti belia berkeperluan khas, Encik Lung Ji Xuan, 26 tahun.

Encik Lung yang seronok menerima kuih Raya daripada Dr Maliki, serta-merta mencuba rempeyek lalu menunjukkan ‘tanda jempul’ dengan tangannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >