Bagi pemilik pengeluar makanan beku halal, Pondok Abang, Encik Mohd Hasan Basri Abdul Rahman, penguasaan bahasa Melayu yang kukuh memberikan syarikat itu pemahaman mendalam tentang budaya dan cita rasa pelanggan serantau.

Bagi pemilik syarikat pengeluar makanan beku halal Pondok Abang, Encik Mohd Hasan Basri Abdul Rahman, penguasaan dan perikatan erat dengan bahasa Melayu memberi syarikat itu kefahaman budaya serta pemahaman terhadap cita rasa pelanggan di rantau ini yang mendalam.

Ia menjadi satu kelebihan penting dalam membantu syarikat itu bersaing ketika menebarkan sayap ke Malaysia, Indonesia, Brunei dan Vietnam sejak beberapa tahun belakangan ini, ujar beliau.

Encik Wong menarik perhatian kepada bagaimana syarikat tempatan tersebut memanfaatkan kekuatan bahasa serta budaya Melayu untuk menempa kejayaan di luar negara.

Dalam ucapannya, Encik Wong menekankan manfaat bagi warga Singapura mempelajari bahasa Melayu dan mendalami budaya Melayu memandangkan kedudukan Singapura di rantau ini.

Kedudukan Singapura membantu negara ini mengeratkan hubungannya dengan negara jiran serantau, di samping mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Singapura dan perniagaan tempatan, tambah Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan.

“Memandangkan kedudukan kita di rantau ini, ada baiknya jika rakyat Singapura belajar Bahasa Melayu dan lebih mendalami budaya Melayu.

“Pertalian ini bukan sahaja tentang warisan kita. Malah, ia membantu kita mengeratkan hubungan dengan jiran-jiran serantau dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat dan perniagaan Singapura,” ujar Encik Wong.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Hasan, 37 tahun, menjelaskan pertalian erat dengan bahasa dan budaya Melayu membolehkan Pondok Abang memahami pasaran serantau, sekali gus menjalin hubungan yang lebih baik.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Hasan berkata pertalian kepada bahasa dan budaya Melayu yang mendalam itu bermakna Pondok Abang memahami pasaran rantau, sekali gus membina hubungan dengan lebih baik.

“Kami tidak melangkah ke pasaran (rantau ini) sebagai ‘orang asing’, kami memahami bahasa, makanan, adat resam dan cita rasa mereka,” katanya.

Walaupun Singapura terletak dalam rantau yang dikelilingi banyak negara berbahasa Melayu, Encik Hasan akur terdapat perbezaan dan nuansa di setiap tempat yang perlu diteliti.

“Misalnya, orang Kelantan dan Penang pasti mempunyai sedikit perbezaan dalam cara perbualan dan adat resam,” jelasnya.

Pemahaman nuansa itu turut dibantu dengan kehadiran para pekerjanya yang merupakan warga Malaysia dan Indonesia.

Maka ia membolehkan syarikat itu menyesuaikan pendekatan strategi mereka apabila membina rangkaian di rantau ini, kata Encik Hasan.

“Sementara itu, sistem, standard serta pendedahan antarabangsa yang kami peroleh daripada beroperasi di Singapura membantu kami menjadi profesional serta meluaskan lagi skala perniagaan,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Encik Hasan berkata peniaga Melayu dan India Islam di Singapura turut mempunyai kelebihan beroperasi di persekitaran yang baik, di samping keterikatan bahasa dan budaya itu.

“Kami mempunyai ikatan rapat dengan Nusantara Melayu dari segi budaya.

“Kami juga membesar dalam persekitaran perniagaan yang bertaraf antarabangsa, berbilang budaya yang dipacu bahasa Inggeris,” katanya.

Para usahawan Melayu dan India Islam turut mempunyai ikatan budaya, bahasa, agama serta sejarah dengan banyak pasaran di sekeliling Singapura, tambah Encik Hasan.

Ini bermakna, mereka berpotensi menjadi jambatan antara Singapura dengan pasaran halal yang lebih luas di Asia Tenggara, ujar beliau.

Kekuatan bahasa dan budaya itu turut dilengkapi oleh identiti Singapura yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi kebolehpercayaan, keselamatan makanan, tadbir urus dan mutu, kata beliau.

“Kami disokong oleh kemudahan prasarana, pembiayaan, agensi pemerintah, rangkaian antarabangsa serta ekosistem perniagaan yang dihormati di seluruh dunia,” tambahnya.

Produk makanan Pondok Abang.
Produk makanan Pondok Abang. - Foto MDDI

Pondok Abang diasaskan oleh Encik Abdul Rahman Yad Ali, pada 1990 dan kini diuruskan oleh anaknya, Encik Hasan.

Sepanjang tempoh lebih 35 tahun, Pondok Abang telah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang terkemuka.

Selain mengeluarkan produk makanan beku halal, syarikat itu turut mengendalikan tiga cawangan gerai makanan di bawah jenama Abang by Pondok Abang.

Pada Julai 2026, ia berjaya memulakan operasi penuh di Malaysia, dengan produknya kini boleh didapati di Johor, Terengganu dan Kelantan.

Encik Hasan turut berkongsi rancangan untuk terus memperluaskan perniagaan di pasaran Malaysia.

Sebelum itu, Pondok Abang mula mengeksport produknya ke Vietnam pada 2021 sebelum meneroka pasaran Indonesia pada 2023.

Mereka memanfaatkan sokongan daripada Enterprise Singapore (EnterpriseSG) menerusi Geran Kesediaan Pasaran (MRA) bagi kedua-dua perluasan itu.

Kini, Pondok Abang dalam proses menyediakan produk mereka di Brunei menjelang akhir 2026.

Menyusuli perjalanan itu, Encik Hasan yakin Pondok Abang berada di landasan baik untuk terus berkembang maju.

Walaupun perjalanan Pondok Abang penuh cabaran, Encik Hasan berharap kisah mereka boleh menjadi pemangkin untuk peniaga Islam Singapura lain.

“Saya ingin melihat lebih perniagaan Melayu dan India Muslim dari Singapura menyertai ekonomi halal di peringkat rantau ini.

“Jika lebih perniagaan ini dapat terus berkembang di luar Singapura, ia dapat mencipta lebih (banyak) pekerjaan serta meraih kejayaan ekonomi.

“Itu mampu membina lebih banyak peluang untuk generasi usahawan kelak,” kata Encik Hasan.