Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29

Manfaat teknologi, sumber kewangan hurai isu air: Presiden Tharman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaat teknologi, sumber kewangan hurai isu air: Presiden Tharman

Jan 18, 2024 | 06:01 PM



SWITZERLAND: Kebanyakan orang melihat air hanya sebagai sumber harian, tetapi air juga merupakan mangsa dan punca perubahan iklim, seperti yang dilihat dalam kemarau di negara-negara seperti Belanda, yang telah lama terkenal dengan limpahan air, dan kehilangan kelembapan dalam tanah dan hutan, kata para panel di Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada 17 Januari.


Presiden Tharman Shanmugaratnam, ahli panel yang berucap di forum itu, menyatakan bahawa huraian bagi isu air boleh dicapai dalam menangani perubahan iklim dengan teknologi sedia ada dan sumber-sumber kewangan.

Namun, pemerintah dan organisasi perlu memahami peranan mereka dalam ekonomi dan perubahan iklim, kata beliau dalam perbincangan mengenai air dan peranannya dalam mencapai kemampanan.

Ini akan membantu mempercepat dan meningkatkan penyelesaian dalam soal pengurusan air yang cekap dan juga membantu dalam dasar mengenai harga air, kata para panel, yang merangkumi ahli Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air.

Encik Tharman, pengerusi bersama Suruhanjaya Global mengenai Ekonomi Air, menyatakan bahawa menyelesaikan masalah berkaitan pengurusan air dapat dicapai dalam tempoh yang munasabah “jika kita mengatur diri kita dengan baik dan jika kita membiayai ini agar semua pihak meraih manfaat.”

Forum itu berlangsung dari 15 hingga 19 Januari di Davos Switzerland.

Encik Tharman berkata bahawa teknologi dan inovasi yang diperlukan sudah diketahui dan boleh dibiayai melalui sistem pasaran global.

“Apa yang diperlukan… ialah perubahan dalam cara kita mentadbir urus air, bersama dengan biodiversiti dan segala-gala yang diperlukan untuk menangani krisis iklim. Ia adalah perubahan dalam tadbir urus dan perubahan dalam cara kita membiayainya,” tambahnya.

Ketua Pegawai Operasi Grundfos, pengeluar pam Denmark, Encik Ulrik Gernow, berkata penyediaan dan pengurusan air pada akhirnya adalah perniagaan.

“Jika ada harga air yang berpatutan, ia akan memberi insentif kepada pelaburan dalam air. Ia akan memberi insentif kepada inovasi dalam air… membangunkan penyelesaian baru, menggalak syarikat pemula untuk benar-benar terlibat dalam perkara ini kerana… sebenarnya terdapat pulangan pelaburan yang baik daripada melakukan kerja itu,” katanya.

Beliau berkata dengan meletakkan nilai lebih tinggi pada air akan mendorong pengurusan yang lebih cekap dan meningkatkan penggunaan teknologi guna semula air.

Encik Tharman berkata bahawa meningkatkan inovasi akan membolehkan persaingan dan eksperimen yang berbeza berkembang.

Sekiranya cabaran itu diketahui dan penyelesaiannya wujud, apa yang diperlukan daripada sektor awam ialah mentakrifkan cabaran itu, menjelaskan bagaimana ia akan memberi insentif kepada pelaburan swasta, kemudian mengawal selia penyelesaian dan mengundang bidaan, katanya.

Peranan sektor awam dalam bidang baru ini adalah untuk mendorong mengurangkan kos penyelesaian baru dengan bergerak lebih pantas daripada pasaran sendiri.

Encik Tharman membandingkan potensi kemajuan dalam pengurusan air dengan kemajuan yang dibuat dalam tenaga suria.

“Itulah yang berlaku dalam tenaga suria. Itulah yang akan juga berlaku di sini. Jadi, tugas sektor awam adalah untuk melabur bersama, mengurangkan risiko dan juga menetapkan piawaian dan peraturan,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >