Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Presiden Tharman ke Brunei bagi lawatan negara sulung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman ke Brunei bagi lawatan negara sulung

Jan 15, 2024 | 03:56 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam akan membuat lawatan negara pertamanya sebagai Presiden ke Brunei dari 24 hingga 26 Januari, atas undangan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Menurut satu kenyataan Pejabat Presiden pada 15 Januari, lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Singapura dan Brunei.

Encik Tharman akan menerima sambutan istiadat di Istana Nurul Iman, serta mengadakan pertemuan dua hala dengan Sultan Hassanal.

Beliau juga akan diundang ke Majlis Jamuan Negara oleh Sultan Hassanal dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Selain itu, Presiden Tharman akan bertemu anggota kanan kerabat diraja Brunei dan jemaah menteri, termasuk Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah.

Di samping itu, beliau akan melawat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang menjalani latihan di sana dan bertemu masyarakat Singapura di Brunei dalam sebuah majlis resepsi.

Presiden Tharman akan ditemani isterinya, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang; dan Anggota Parlimen, Cik Mariam Jaafar dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Pegawai daripada Pejabat Presiden, Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Kementerian Pendidikan (MOE) juga akan menyertai delegasi Singapura itu.

Lawatan negara ke Brunei akan berlangsung selepas lawatan kerja Encik Tharman ke Switzerland dari 16 hingga 21 Januari.

Semasa lawatan ke Switzerland, Presiden Tharman akan melawat Davos dari 16 hingga 19 Januari untuk menyertai mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Sedunia (WEF), di mana beliau akan bertemu pemimpin pemerintah dari beberapa negara serta pemimpin kanan perniagaan dan dermawan.

Encik Tharman juga akan mengambil bahagian dalam sebuah sesi mengenai cabaran dan strategi ekonomi global dan ekologi, serta menghadiri mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah WEF.

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, juga akan menghadiri WEF.

Dari 19 hingga 21 Januari, Encik Tharman akan berada di Zurich, di mana beliau akan mempengerusikan bersama Suruhanjaya Global Ekonomi Air.

Beliau juga akan bertemu beberapa anggota masyarakat Singapura di Switzerland.

Presiden Tharman akan ditemani pegawai daripada Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB), Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), dan Pejabat Presiden.

Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan menjalankan fungsi Pejabat Presiden sewaktu ketiadaan Encik Tharman, kata Pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >