Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Manfaatkan zakat bantu tingkat pembangunan asatizah, kurikulum madrasah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDAUS

Manfaatkan zakat bantu tingkat pembangunan asatizah, kurikulum madrasah

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Sebagai sebuah badan agama dan penyedia khidmat pendidikan agama, Perdaus menerima zakat harta dan derma masyarakat setempat. Dengan harapan dana ini dapat mendukung Perdaus dalam meneruskan visi membina masyarakat soleh dan berjaya.

Peningkatan ini adalah satu daripada perubahan di Perdaus yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-60 tahun ini. Badan ini menitikberatkan pendekatan dan usaha dakwah untuk masyarakat, ini termasuk pembangunan asatizah di Perdaus dan usaha peningkatan kurikulum pendidikan agama.

Asatizah serta Penyelaras Kurikulum dan Piawaian Mutu di Perdaus, Ustazah Nur Afifah Mokhtiaruddin, 37 tahun, menerangkan, sumbangan zakat membolehkan Perdaus menampung kos untuk menambah baik kurikulum dan membangunkan asatizah.

Beliau berkata:

“Kami telah selidik keperluan asatizah untuk memahami latihan apa yang diperlukan, dengan matlamat akhir supaya pelajar kami diajar oleh guru terlatih dalam cara penyampaian asatizah.

“Contohnya, dengan bengkel tajwid yang dijalankan di pusat Nadi Furqan, ia membantu asatizah memperbaiki metodologi mengajar ilmu ini, dan juga menyediakan asatizah laluan formal, bagi meneruskan bidang Al-Quran ini dengan lebih mendalam lagi.

“Ramai juga antara asatizah kami adalah asatizah baru. Kami di Perdaus berharap dapat mencetuskan minat dan cinta mereka dalam mengajar dan melengkapkan mereka dengan kemahiran mengajar secara berkesan.”

“Perdaus berpendapat asatizah juga memainkan peranan pengasuh/pelentur (nurturer). Kami melatih guru-guru kami supaya mereka dapat memupuk pelajar mempelajari Islam bukan sahaja sebagai usaha akademik, bahkan sebagai penghayatan rohani juga.”


Antara asatizah yang memanfaatkan bengkel pembangunan asatizah ialah Ustazah Siti Nur Ulfah Shikh Abdullah, 20 tahun. Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar Perdaus yang mengajar secara sambilan selepas menamatkan pengajian di madrasah sepenuh masa.

“Saya telah menghadiri kededua sesi bengkel Dr Siti Mariam Hariht tentang strategi pengurusan bilik darjah. Bengkel ini secara amnya membantu kami meningkatkan kemahiran pentadbiran dan pedagogi sebagai guru.

“Bengkel-bengkel ini sangat bermanfaat bagi saya, terutama sekali kerana ia melatih saya menjadi seorang guru yang lebih yakin dan efektif dalam menangani murid-murid dalam kelas, baik dari segi mengajar dan dari segi tingkah laku mereka,” jelas Ustazah Siti Nur Ulfah yang kini mengajar kelas Iqra’.

Ustazah Azlinah Abdul Aziz, 44 tahun, yang turut memanfaatkan pembangunan asatizah di Perdaus, pula menceritakan tentang bengkel peningkatan Ilmu Tajwid untuk semua asatizah Perdaus.

“Madrasah Perdaus baru menerbitkan buku set asas pengajian Al-Qur’an (Quranic literacy) sebagai satu pendekatan baru yang diharap lebih menarik dan senang dihayati kanak-kanak, dalam usaha meningkatkan mutu kurikulum kami.


“Bengkel tajwid ini sekali gus memberi peluang asatizah menyemak isi kandungan yang diajar dan juga peluang mempelajari cara pengajar ilmu tajwid ini untuk tahap dan kemahiran pelajar yang berbeza,” kata Ustazah Azlinah.

APAKAH YANG DILAKUKAN DENGAN DANA ZAKAT YANG TERKUMPUL?

Sebagai sebuah badan amal yang sederhana yang memberi tumpuan kepada pendidikan, Perdaus memperuntukkan kepada beberapa golongan asnaf yang berkelayakan seperti Fi Sabilillah, Gharimin, ‘Amil, Faqir dan Riqab.

Pada 2023, sekurang-kurangnya $170,755 telah diagih kepada asnaf-asnaf selain projek-projek Perdaus.

Antara yang dimanfaatkan melalui zakat:

– Program pendidikan dan dakwah Perdaus, contohnya perkhemahan pelajar, juga peningkatan asatizah dan pembangunan staf Perdaus.

– Yuran program Imad Perdaus untuk keluarga berpendapatan rendah.

– Projek Food Aid dengan keluarga berpendapatan rendah menerima baucar runcit, pekerja migran menerima pek penjagaan.

– Pentadbiran Perdaus serta keperluan lain.

SELAIN ZAKAT, BAGAIMANA PERDAUS BERUSAHA MENGUMPUL DANA SENDIRI?

Sebagai sebuah badan amal yang menyediakan khidmat pendidikan, pendapatan utama Perdaus datang daripada yuran yang berpatutan daripada pelajar dan peserta.

Zakat dan derma daripada masyarakat banyak membantu Perdaus dalam kos operasi, program, dan lain-lain lagi.

Untuk menunaikan zakat harta, sila ke http://swiy.io/pdszakat

Perdaus menerima bayaran secara PayNow dan kad.

Boleh juga menunaikan zakat di pejabat Perdaus dengan membuat janji temu dahulu:

– Bedok: Blok 125 Bedok North Road #01-115 Singapura 460125 Tel: 6513 2315.

– Bukit Batok: Blok 364 Bukit Batok Street 31 #01-259 Singapura 650264 Tel: 6513 2300.

Perdaus turut menyediakan khidmat ‘Amil Mobile’ iaitu khidmat bergerak bagi memungut bayaran zakat di rumah bagi jumlah $500 ke atas, demi kemudahan penyumbang zakat atau penderma. Sila buat janji temu dengan Ustaz Raja di talian 8127-3729.

Ikuti perkembangan Perdaus di fb.com/perdaus.org dan instagram.com/perdaussg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >