Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perlu $60,000 bagi projek ‘Food Aid Ramadhan’ bantu asnaf

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDAUS

Perlu $60,000 bagi projek ‘Food Aid Ramadhan’ bantu asnaf

Ini sejajar dengan ulang tahun ke-60 Perdaus, diraikan pada 2024
Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Sejak 2011, Perdaus telah menabur bakti kepada lebih 10,000 keluarga dan individu yang memerlukan demi menceriakan Ramadan dan Syawal mereka melalui kempen projek ‘Food Aid Ramadhan’.

Projek ini dijalankan oleh pelajar di Madrasah Perdaus, iaitu satu pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam kurikulum pendidikan agama mingguan di Perdaus. Pendekatan ini mampu meningkatkan kecekapan pelajar dalam program penglibatan masyarakat, serta memberi mereka kesedaran tentang nila-nilai yang ingin Perdaus tanamkan dalam peribadi pelajar semasa sibuk menjayakan projek ini.

Menurut mudirah Madrasah Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid, sempena Ramadan ini, Perdaus mengalu-alukan derma untuk kempen projek Food Aid. Projek ini merupakan kegiatan tahunan Perdaus yang melibatkan masyarakat yang layak menerima bantuan makanan asas dan barangan dapur yang lain.

Pada tahun lalu, Perdaus berjaya mengumpul dana sekitar $30,000 daripada masyarakat untuk menjayakan projek ini. Tahun ini pula, Perdaus mengalu-alukan sokongan ramai, dan persatuan ini memerlukan sekitar $60,000 untuk dijayakan. Ini juga bersempena ulang tahun ke-60 Perdaus, yang akan diraikan pada 2024.

“Sempena Perdaus menyambut ulang tahun yang ke-60 tahun pada tahun ini, dengan kerjasama pihak masjid di kawasan barat, kami meluaskan lagi penerima habuan dan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan seramai 200 isi rumah. Misalnya, pengagihan bubur Ramadan kepada jiran berdekatan pusat Perdaus Bedok dan Bukit Batok sebanyak 500 bungkus, menyediakan jamuan berbuka puasa untuk pekerja migran seramai 300 orang, dengan kerjasama masjid di kawasan barat.

“Kami juga menyediakan pek bekalan, atau ‘Intro Pack’, kepada jiran tetangga berdekatan pusat Perdaus Bedok dan Bukit Batok. Ziarah dan memberi pek makanan di pusat jagaan orang-orang tua dan memberi pek makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan daripada senarai bantuan Perdaus serta senarai pusat masyarakat Fengshan dan Hong Kah North. Projek ini diselenggarakan oleh pelajar Madrasah Perdaus daripada peringkat tadika hingga belia, peserta dewasa dan sukarelawan Perdaus,” jelas Ustazah Farhana yang juga ketua bagi projek Food Aid ini.

Selain itu, bantuan dan sumbangan yang diterima Perdaus akan disalurkan kepada banyak pihak yang berkeperluan. Antaranya, keluarga yang memerlukan dengan menyediakan baucar dan bungkusan makanan Raya, sajian untuk berbuka puasa kepada pekerja migran, bungkusan kuih-muih ke rumah orang-orang tua, bubur Ramadan kepada penduduk di kejiranan Bukit Batok dan Bedok (berdekatan pusat Perdaus), dan banyak lagi.

Selain asnaf fi sabilillah, Perdaus juga mengagihkan kutipan zakat kepada asnaf lain, kepada pihak yang layak menerimanya. Ini juga termasuk bengkel latihan asatizah, baucar habuan bagi asatizah mingguan, melunaskan hutang yuran madrasah bagi keluarga berpendapatan rendah dan menyediakan perbelanjaan barangan dapur bagi keluarga benefisiari daripada kelab-kelab masyarakat dan lain-lainnya. Untuk maklumat lanjut, sila ke: http://swiy.io/pdszakat


DERMA APA?

1. Derma $100 bagi menyediakan baucar pasar raya bernilai $100 untuk keluarga berpendapatan rendah.

2. Derma $50 untuk menyediakan lima sajian makanan buka puasa bagi pekerja migran. 


3. Derma $10 untuk menyediakan dua pek bubur Ramadan untuk diagihkan kepada masyarakat.

CARA MENDERMA


* Melalui PayNow di S64SS0031JQRB (sila WhatsApp ke talian 8127-3729 untuk mendapatkan resit).

* Derma dalam talian di swiy.co/ihya

KEGIATAN RAMADAN


– Untuk menunaikan zakat harta, sila ke http://swiy.io/pdszakat

– Ikuti perkembangan kempen ‘Ihya Ramadhan’ di fb.com/perdaus.org, instagram.com/perdaussg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >