Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Mangobossku’ dijatuhi hukuman jel 3 minggu; dibebas 18 Nov

Nov 18, 2024 | 7:35 PM
Encik Mohamad Hussin Said, lebih dikenali sebagai Mangobossku, telah keluar penjara dan kelihatan memeluk isteri dan anak perempuannya di luar penjara Changi.
Encik Mohamad Hussin Said, lebih dikenali sebagai Mangobossku, telah keluar penjara dan kelihatan memeluk isteri dan anak perempuannya di luar penjara Changi. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TIKTOK MANGOBOSSKU

Usahawan dan pempengaruh, Encik Mohamad Hussin Said, yang juga dikenali dengan jenamanya Mangobossku, telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu, dan telah dibebaskan pada 18 November 2024.

Beliau dijatuhi hukuman penjara pada 29 Oktober.

Usahawan dan pempengaruh, Encik Mohamad Hussin Said, juga dikenali dengan jenamanya Mangobossku.
Usahawan dan pempengaruh, Encik Mohamad Hussin Said, juga dikenali dengan jenamanya Mangobossku. - Foto fail

Bercakap dengan Berita Harian, Encik Hussin, 39 tahun, enggan mendedahkan butiran kes tersebut tetapi berkata: “Ini sebenarnya kes lama dan bukan sesuatu untuk dibanggakan. Bagi saya, salah tetap salah dan saya mesti tanggung akibatnya. Saya juga manusia, insan biasa. Kita belajar daripada kesilapan.”

Encik Hussin mengakui pernah keluar masuk penjara sebelum ini, dan menurutnya sudah bebas selama 13 tahun sebelum kes terbaru ini.

“Dulu memang saya kerap keluar masuk penjara. Itu pun sebelum saya berumah tangga atau mempunyai anak.

“Tetapi sekarang, setiap malam di penjara, seksa. Seksa dari segi mental. Saya asyik terfikirkan isteri dan anak perempuan saya yang berusia sembilan tahun. Kami tidak pernah berpisah lama seperti ini. Susah nak tidur malam,” tambah usahawan yang menjual kunafa viral itu.

Beliau telah memuat naikkan satu video yang menunjukkan dirinya berjalan keluar dari penjara Changi.

Menyambut kepulangannya itu adalah anak dan isterinya, keluarganya serta rakan-rakan rapatnya yang telah tunggu di pagar menanti ketibaannya.

Dalam video itu kedengaran suara seseorang yang mengatakan: “Mango is back.” (Mango sudah pulang).

View post on TikTok

Setakat ini, video itu yang telah dimuat naikkan pada tengah hari 18 November telah menerima lebih 19,400 ‘likes’.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan curiga bertanya apa yang terjadi kepada Encik Hussin.

Ada pula yang mengucapkan selamat kembali dan ramai yang memberi kata-kata perangsang.

Antaranya ialah pengguna Aqil Bistro komen: “Yang lepas, biar berlalu, kunafa mesti diteruskan bro”.

Apabila wartawan bertanya apakah tujuan Encik Hussin memuat naikkan video sebegitu, beliau menjawab: “Sebelum ini ada yang sudah syak atau dengar saya masuk penjara.

“Jadi video itu adalah untuk memaklumkan semua bahawa betul, saya masuk penjara dan kini sudah keluar.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg