Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mantan DPM Heng lepas jawatan sebagai anggota lembaga pengarah MAS

Jan 5, 2026 | 6:10 PM
Heng Swee Keat, deputy prime minister, mas
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, melepaskan jawatannya sebagai anggota lembaga pengarah, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), kata lembaga itu pada 5 Januari.  - Foto ST

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah melepaskan jawatannya sebagai anggota lembaga pengarah, Penguasa Kewangan Singapura (MAS), umum badan itu pada 5 Januari.

Pengerusi lembaga MAS, Encik Gan Kim Yong, melahirkan penghargaan mendalam terhadap sumbangan Encik Heng selama lebih dua dekad, termasuk peranannya sebagai pengarah urusan dari 2005 hingga 2011.

“Beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi MAS ketika krisis kewangan 2008, menyelia pembaharuan untuk mengukuhkan pengurusan risiko dan tadbir urus korporat dalam institusi kewangan dan meningkatkan kedudukan MAS dalam kalangan kewangan global,” kata Encik Gan.

Encik Heng juga “menyumbang kepada pembangunan Singapura sebagai pusat kewangan”, menggalak penggunaan teknologi dan inovasi kewangan serta perkembangan bakat, tambah beliau.

“Pemahaman dan kebijaksanaannya yang tajam adalah aset luar biasa buat lembaga pengarah MAS.

“Kami ucapkan yang terbaik kepada beliau bagi usaha masa depannya,” ujar Encik Gan.

Encik Heng menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 2019 hingga 2025.

Beliau juga menyandang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari 2011 hingga 2015 dan kemudian sebagai Menteri Kewangan hingga 2021.

Beliau akhirnya bersara daripada bidang politik pada 2025.

Barisan anggota lembaga pengarah MAS mulai 1 Januari adalah seperti berikut:

– Encik Gan Kim Yong (pengerusi);

– Encik Chee Hong Tat (timbalan pengerusi);

– Encik Alvin Tan;

– Encik Peter Ong (pengerusi jawatankuasa risiko);

– Encik Chaly Mah (pengerusi jawatankuasa audit);

– Encik Lim Hng Kiang;

– Encik Lucien Wong;

– Cik Deborah Ong;

– Encik Ng Wai King;

– Cik Goh Swee Chen;

– Profesor Ho Teck Hua;

– Encik Chia Der Jiun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg