Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, membuka tirai Siri Jauhari anjuran Berita Harian (BH) dan OMGxBH bagi pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian pada 31 Mei.
Beliau menyertai 80 belia di kafe (working title) di Maktab Seni LaSalle dan berkongsi kisah kejayaan hidup, kerjaya dan dorongan.
Semasa sesi ‘fireside chat’ (perbincangan), Puan Halimah berkongsi pengalaman hidupnya antara lain dari zaman kanak-kanaknya di sekolah rendah, nilai yang membentuk keperibadiannya dan pengalaman kerjaya beliau.
Selain itu, belia pelbagai latar belakang kaum dan agama yang mendaftar untuk menyertai sesi tersebut juga dibahagikan kepada empat kumpulan untuk membincangkan empat topik – membantu masyarakat memerlukan; menjadikan Singapura masyarakat lebih bersifat ihsan; membangunkan masyarakat lebih inklusif; serta memperbaharui kompak sosial Singapura.
Siri Jauhari itu disokong unit maklum balas pemerintah, Reach.
Sesi pertama pada malam 31 Mei turut disertai Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Reach; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong; dan Editor BH, Encik Nazry Mokhtar.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg