Masa depan restoran Komala Vilas diragui selepas tutup lebih 2 bulan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masa depan restoran Komala Vilas diragui selepas tutup lebih 2 bulan

Mar 18, 2026 | 1:24 PM

Masa depan restoran Komala Vilas diragui selepas tutup lebih 2 bulan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Komala Vilas, restoran, tutup
Restoran vegetarian India, Komala Vilas, menampal notis bagi memaklumkan pelanggan bahawa kedai tersebut akan ditutup untuk tujuan pengubahsuaian bermula 19 Januari. - Foto ST

Masa depan salah sebuah restoran vegetarian India yang paling ikonik di Singapura, Komala Vilas, telah hangat dipersoalkan berikutan penutupannya yang berpanjangan atas sebab ‘pengubahsuaian’.

Sebuah nama yang terkenal dalam kalangan masyarakat selama beberapa generasi, cawangan Komala Vilas di 76-78 Serangoon Road telah ditutup hampir dua bulan.

Cawangan tersebut pernah dikunjungi mantan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi.

Dalam kumpulan Facebook, Singapore Travel Tips and Plan, sebuah hantaran pada 9 Mac yang memaparkan gambar depan restoran yang ditutup itu telah mencetuskan perbincangan mengenai sama ada restoran tersebut ditutup buat selamanya.

Pengguna Facebook berkenaan berkata mereka “kecewa apabila mendapati Komala Vilas di Little India ditutup untuk tujuan pengubahsuaian sejak 19 Januari, namun masih disenaraikan sebagai beroperasi di Apple Maps”. 

“Saya berkongsi maklumat ini supaya orang lain tidak mengalami kekecewaan yang sama,” tulis pengguna Facebook itu lagi.

Di laman ulasan Google restoran tersebut, para pengguna kerap berkongsi kemas kini yang memaklumkan restoran itu masih belum dibuka.

Ketika The Straits Times (ST) mengunjungi cawangan itu pada 17 Mac, sebuah notis kelihatan ditampal pada depan restoran yang menulis:

“Kami ditutup buat sementara waktu untuk tujuan pengubahsuaian bermula Isnin, 19 Januari 2026.”

Notis tersebut tidak memaklumkan tarikh restoran itu akan dibuka semula.

Namun, tiada sebarang tanda kerja pengubahsuaian sedang dijalankan di tapak berkenaan, dan tiada sebarang bunyi kedengaran daripada dalam kedua-dua unit tersebut.

Menjawab pertanyaan ST dan Tamil Murasu (TM), penasihat Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha), Encik Rajakumar Chandra, berkata beliau sedar tentang spekulasi mengenai restoran itu.

“Sudah lebih dua bulan berlalu tanpa sebarang kerja (pengubahsuaian) dijalankan, ini menimbulkan spekulasi dan desas-desus mengenai apa yang sedang berlaku,” katanya.

“Komala Vilas adalah perniagaan warisan yang telah lama wujud,” tambah Encik Rajakumar, sambil meluahkan rasa sedih apabila melihat restoran itu ditutup sejak beberapa bulan.

Restoran Vegetarian Komala Vilas ditubuhkan pada 1947 oleh Encik Murugiah Rajoo.

Ia kini dikendalikan oleh cucunya, Encik Rajakumar Gunasekaran, 40 tahun.

Selama beberapa dekad, restoran itu menjadi tempat tumpuan bagi warga tempatan dan pelancong, terkenal dengan hidangan tose, wade, beriani, idli dan pelbagai pilihan lain.

Restoran vegetarian yang menawarkan hidangan India Selatan itu terkenal kerana pernah dikunjungi Encik Lee dan Encik Modi pada 2015 – dalam sebuah acara yang diberi nama ‘Dosa diplomacy’ (diplomasi tose).

Diplomat lain yang pernah mengunjungi restoran itu termasuk Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Finland, Encik Anders Adlercreutz, atas jemputan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, bagi sarapan pada 18 Januari.

Mereka bertukar pandangan mengenai pelbagai isu sambil menikmati tose dan teh masala, kata Encik Shanmugam, dalam satu hantaran Facebook pada 19 Januari.

Restoran itu tersenarai sebagai Perniagaan Warisan SG oleh Lembaga Warisan Negara (NHB).

Gelaran itu diberikan kepada perniagaan yang dianggap sebagai “tulang belakang landskap budaya Singapura dan menyediakan perdagangan, barangan, atau perkhidmatan yang sudah lama wujud”, menurut semakan di laman web lembaga tersebut.

ST menghubungi pemilik restoran, Encik Rajakumar, untuk mendapatkan ulasan pada 17 Mac. 

Beliau membalas melalui pesanan teks: “Saya sedang berada di luar negara sekarang. Saya akan menghubungi anda pada akhir bulan ini.”

Kedai manisannya, Komala Vilas Sweets and Savouries di Upper Dickson Road, turut ditutup dengan rantai kunci pada pintu pagarnya. 

Ia disenaraikan sebagai ditutup secara kekal dalam talian.

Manakala, cawangan lain restoran itu di 291 Serangoon Road pula telah diambil alih oleh sebuah restoran vegetarian India, Vasanta Bhavan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg