Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Masa respons ambulans kecemasan mungkin lewat, panggilan 995 naik pada Dis: SCDF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masa respons ambulans kecemasan mungkin lewat, panggilan 995 naik pada Dis: SCDF

Dec 08, 2023 | 08:04 PM



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memberi amaran bahawa orang ramai mungkin menghadapi kelewatan dalam masa respons untuk ambulans, terutamanya bagi kes perubatan yang kurang kritikal, kerana purata jumlah panggilan harian ‘995’ meningkat pada minggu pertama Disember.

SCDF berkata di Facebook pada 7 Disember bahawa ia menerima hampir 750 panggilan 995 bagi Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) sehari secara purata pada minggu pertama Disember. Jumlah ini merupakan peningkatan kira-kira 100 kes lebih banyak berbanding purata antara Julai dengan September.

Jumlah Disember juga sekitar 200 lebih berbanding tempoh yang sama sebelum berlakunya pandemik.

SCDF menjawab 256,837 panggilan EMS pada 2022, atau kira-kira 704 sehari, menurut laman webnya - peningkatan 20.2 peratus dalam panggilan EMS, berbanding 2021.

Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh lonjakan panggilan yang dikaitkan dengan Covid-19 pada 2022.

SCDF menambah bahawa hampir lima peratus daripada panggilan yang dibuat ke talian hotline bukan kerana kecemasan.


Namun bilangan panggilan bukan kecemasan meningkat daripada 9,050 pada 2021 kepada 11,538 pada 2022 - ini lebih tinggi daripada 10,534 pada 2019, sebelum wabak itu.

Bilangan panggilan palsu yang dibuat ke talian segera ‘995’ meningkat pada 2022 kepada 6,089, daripada 5,598 pada 2021.

Bagi menangani peningkatan semasa dalam panggilan, SCDF sedang mengerah semula ambulans ke kawasan yang mempunyai kadar panggilan kecemasan perubatan yang lebih tinggi.

SCDF tidak mendedahkan kawasan mana ambulans akan ditempatkan semula dalam catatan Facebooknya.

Ini adalah antara langkah tambahan kepada yang sedia ada untuk memastikan ambulans kecemasan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Contohnya mulai 2023, pusat operasi 995 SCDF menilai panggilan kecemasan dan mengerah ambulans hanya apabila ia dianggap sebagai kecemasan sebenar.

“SCDF perlu terus mengutamakan sumber terhad kami untuk kecemasan perubatan yang mengancam nyawa.

“Penerima panggilan 995, paramedik dan petugas barisan hadapan kami sedang melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengangkutan pantas ke hospital bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang mengancam nyawa atau kecemasan,” kata SCDF, lapor The Straits Times.


SCDF menasihati orang ramai agar melawat klinik berdekatan untuk mendapatkan nasihat perubatan dan tidak menghubungi 995, melainkan seseorang mengalami keadaan perubatan yang mengancam nyawa atau kecemasan.

Contoh kecemasan yang kritikal dan mengancam nyawa termasuk sesak nafas, kesukaran bercakap atau muka terkulai, dan mengantuk atau kekeliruan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >