Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos e-buka bersama 70 tamu anjuran WGS

May 8, 2021 | 5:30 AM
BUKA PUASA: Lebih 70 tetamu berbilang bangsa dan agama, termasuk Encik Masagos, Dr Maliki, Dr Faishal dan Encik Fahmi, berbuka puasa dalam alam maya bersama semasa acara e-buka puasa anjuran Wisma Geylang Serai semalam. Encik Shanmugam mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam yang akan menyambut hari mulia itu tidak lama lagi dan mengingatkan orang ramai agar meraikan Hari Raya dengan selamat. - Foto WSG
BUKA PUASA: Lebih 70 tetamu berbilang bangsa dan agama, termasuk Encik Masagos, Dr Maliki, Dr Faishal dan Encik Fahmi, berbuka puasa dalam alam maya bersama semasa acara e-buka puasa anjuran Wisma Geylang Serai semalam. Encik Shanmugam mengucapkan selamat hari raya kepada umat Islam yang akan menyambut hari mulia itu tidak lama lagi dan mengingatkan orang ramai agar meraikan Hari Raya dengan selamat. - Foto WSG -

LEBIH 70 tetamu berbilang bangsa dan agama sama-sama meraikan Ramadan dalam satu acara buka puasa yang dianjurkan Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.

Setiap tahun, WGS mengadakan acara buka puasa secara fizikal, namun dek pandemik Covid-19, ini tahun kedua acara e-buka puasa dalam talian diadakan dengan tema Norma Baru.

Acara itu dihadiri tetamu khas - Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Mayor Daerah South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.

Acara itu turut menampilkan rakaman mesej oleh tetamu terhormat, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, yang memberikan ucapan selamat Hari Raya kepada masyarakat Islam di sini.

Encik Shanmugam berkata kawasan Geylang Serai yang bermandikan cahaya dengan lampu Hari Raya yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat bulan lalu adalah amat indah, tetapi sayang sekali bazar terpaksa dibatalkan disebabkan Covid-19.

Namun, beliau berkata masyarakat Islam dapat kunjung-mengunjung rumah keluarga mereka semasa Hari Raya tahun ini dan beliau mengingatkan orang ramai agar menyambut hari mulia itu dengan selamat.

"Tahun lalu, kita semua menyambut Hari Raya secara lebih senyap. Tiada kunjung mengunjung disebabkan pemutus litar.

"Mari kita sambut Hari Raya tetapi mari kita lakukannya dalam rangka kerja langkah keselamatan kita," kata beliau.

Acara e-buka puasa yang disiarkan secara langsung di Facebook dan Tiktok WGS itu menampilkan pelbagai segmen menarik.

Ini seperti perkongsian oleh juara peraduan realiti The Final 1, Farisha Ishak, yang baru mendirikan rumah tangga dengan seorang mualaf dan persembahan oleh penyanyi seberang Tambak Dayang Nurfaizah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg