Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Muis perlu berhemat guna MBMF bina masjid baru

Nov 11, 2024 | 8:00 PM
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil kira perubahan demografi serta pembangunan bandar dan estet baru di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk membangunkan masjid baru.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil kira perubahan demografi serta pembangunan bandar dan estet baru di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk membangunkan masjid baru. - Foto BH oleh KHALID BABA

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengambil kira perubahan demografi serta pembangunan bandar dan estet baru di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk membangunkan masjid baru, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Memandangkan agensi tersebut bertanggungjawab menguruskan pembinaan masjid-masjid di Singapura, Muis perlu berhemat dalam menggunakan Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) untuk menyokong pelbagai keperluan agama masyarakat.

Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai.

Encik Leong bertanya sama ada terdapat sebarang rancangan oleh pemerintah untuk membina sebuah masjid di kawasan baru Tengah, dan sebab-sebab sekiranya tiada pembangunan masjid dilakukan.

“Selama bertahun-tahun, dana (MBMF) digunakan untuk membina masjid di kawasan perumahan baru seperti Sengkang dan Punggol, serta di estet yang lebih matang di Jurong dan Woodlands, yang menyaksikan peningkatan permintaan untuk ruang solat, dengan penyelarasan dengan agensi berkaitan.

“Muis akan berhati-hati dalam menggunakan MBMF untuk menyokong pelbagai keperluan agama masyarakat,” kata Encik Masagos.

Tambahnya, Muis juga akan terus bekerjasama dengan agensi berkenaan untuk menilai keperluan pembangunan masjid baru atau menaik taraf masjid-masjid sedia ada.

MBMF, yang mengumpul sumbangan daripada orang Islam yang bekerja di Singapura, menyokong pembinaan dan naik taraf masjid di Singapura, termasuk pembaharuan pajakan masjid dan diselaraskan secara berpusat oleh Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg