Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos temui pelajar S’pura di Madinah

Jan 12, 2024 | 3:21 PM
PERTEMUAN BERMANFAAT: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggalak para pelajar supaya merebut peluang untuk tingkatkan prospek kerjaya dan mengalu-alukan sumbangan mereka untuk memberi kesan positif kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
PERTEMUAN BERMANFAAT: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggalak para pelajar supaya merebut peluang untuk tingkatkan prospek kerjaya dan mengalu-alukan sumbangan mereka untuk memberi kesan positif kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura. - Foto MCI

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengadakan pertemuan dengan sekitar 30 pelajar Singapura yang menuntut di Universiti Islam Madinah, sebagai menggulung lawatan rasminya ke Arab Saudi dari 7 hingga 12 Januari,

Dalam satu catatan di Facebook, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata pertemuan itu amat bermanfaat kerana beliau dapat mendengar aspirasi, pengalaman dan cabaran mereka dalam melanjutkan pelajaran di luar negara

“Seronok dapat berbual mesra dengan mereka. Saya menggalak mereka supaya merebut peluang untuk tingkatkan prospek kerjaya dan mengalu-alukan sumbangan mereka untuk memberi kesan positif kepada masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

“Semoga mereka akan berjaya dalam pendidikan mereka dan saya harap setelah mereka pulang ke Singapura, mereka dapat menyumbang kembali demi membangunkan masyarakat kita dengan lebih kukuh lagi,” kata Encik Masagos.

Semasa pertemuan itu juga, Encik Masagos berkongsi tentang perkembangan terkini di Singapura dan turut serta dalam perbincangan tentang isu-isu ehwal semasa bersama para pelajar.

“Saya juga mengambil peluang untuk berkongsi dengan para pelajar kita tentang beberapa acara penting yang akan diadakan tahun ini seperti Persidangan Fatwa dan Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang Kedua yang bakal diadakan pada tahun ini.

“Saya juga menggalakkan mereka untuk mengikuti perkembangan nasional seperti Belanjawan dan perbahasan Jawatankuasa Peruntukan yang akan datang tidak lama lagi,” kata Encik Masagos.

Pada 8 Januari, Encik Masagos telah ke Jeddah bersama delegasi Singapura bagi menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah.

Beliau turut memeterai perjanjian haji dengan Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi untuk memperuntukkan secara rasmi 900 tempat untuk jemaah haji Singapura bagi musim haji 1445H/2024.

Semasa lawatan enam hari itu, Encik Masagos juga telah mengetuai rombongan perniagaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) ke Riyadh untuk membincang peluang perniagaan di Arab Saudi dan rantau itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg