Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura diperuntuk 900 kuota haji bagi 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura diperuntuk 900 kuota haji bagi 2024

Masagos: S’pura, Saudi setuju bekerja lebih erat bagi bolehkan lebih ramai umat Islam S’pura tunai haji; kini masih terdapat 54,000 individu sedang menunggu giliran
Jan 08, 2024 | 04:52 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi menyemak semula permintaan Singapura untuk memperuntukkan lebih banyak kuota haji, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 8 Januari.

Encik Masagos, yang berada di Jeddah untuk menghadiri Pameran dan Persidangan Haji dan Umrah tahunan, sebelum itu telah memeterai perjanjian haji dengan Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi untuk memperuntukkan secara rasmi 900 tempat untuk jemaah haji Singapura bagi musim haji 1445H/2024. 

Encik Masagos menambah bahawa dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq bin Fawzan Al Rabiah, mereka telah bersetuju untuk bekerja lebih erat lagi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam Singapura menunaikan haji pada masa hadapan.

“Haji merupakan satu ibadah penting dalam Islam dan setiap tahun umat Islam seluruh dunia termasuk di Singapura menanti-nantikan giliran mereka untuk menunaikan ibadah haji. 

“Kepada mereka yang belum terpilih, saya mohon persefahaman anda. 

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Saudi untuk menyemak permintaan Singapura untuk lebih banyak tempat Haji,” kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook pada 8 Januari. 

Sehingga kini, masih terdapat 54,000 individu yang sedang menunggu giliran dalam Sistem Pendaftaran Haji Awal (AHRS), menurut Muis dalam satu kenyataannya.

Sehubungan itu, Encik Masagos berkata tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan Saudi kali ini telah memberi notis awal kepada setiap negara untuk siap sediakan jemaah haji mereka.

Ini telah memberi peluang kepada Muis untuk menghubungi para jemaah yang telah dipilih menerusi portal MyHajSG dan para jemaah juga telah mengesahkan tempat dengan mendapatkan pakej haji daripada ejen pelancongan yang diluluskan Muis. 

“Berbanding tahun-tahun sebelum ini, tahun ini Muis telah menghubungi para jemaah lebih awal untuk memberikan mereka lebih banyak masa membuat persiapan lebih awal seperti aturan untuk permohonan cuti, penjagaan keluarga serta bersiap sedia dari segi rohani, jasmani dan kewangan,” katanya lagi. 

Pada 2023, Singapura juga telah diberi peruntukan 900 tempat menunaikan haji.

Muis berkata semua tempat yang ada telah diperuntukkan kepada jemaah haji yang layak, yang sebelum ini telah menerima Surat Tawaran melalui portal MyHajSG oleh Muis mengikut kedudukan giliran mereka di AHRS.

Muis menambah, semua bakal jemaah haji telah mengesahkan tempat mereka dan telah membeli pakej haji mereka daripada ejen pelancongan yang sah.

Badan Islam Singapura itu turut meluahkan penghargaan kepada kerajaan Saudi “atas usaha dan komitmen yang gigih untuk meningkatkan kebajikan dan keselamatan jemaah haji semasa menunaikan rukun Islam yang kelima”.

​Encik Masagos sedang melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi selama lima hari dari 7 hingga 11 Januari 2024.

Semasa lawatan itu, beliau juga akan melawat Riyadh, dengan Encik Masagos mengetuai rombongan perniagaan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Mereka akan membincangkan peluang perniagaan di Arab Saudi dan rantau itu, menyusuli pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Halal oleh Muis dan Penguasa Makanan dan Ubat-Ubatan Arab Saudi (Seda) pada Oktober 2023 semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, ke Arab Saudi.

Encik Masagos akan mengakhiri lawatannya di Madinah, di mana beliau akan bertemu pelajar Singapura yang sedang menuntut di peringkat pengajian tinggi di Arab Saudi, termasuk di Universiti Madinah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >