Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Al-Falah anjur jamuan CNY bagi relawan Cina Islam

Feb 19, 2024 | 5:00 PM
Jamuan makan malam Tahun Baru Cina anjuran Masjid Al-Falah dihadiri sekitar 40 hadirin, termasuk  relawan dan anggota Lembaga Pentadbir Masjid tersebut yang berbangsa Cina dan beragama Islam, serta keluarga mereka.
Jamuan makan malam Tahun Baru Cina anjuran Masjid Al-Falah dihadiri sekitar 40 hadirin, termasuk relawan dan anggota Lembaga Pentadbir Masjid tersebut yang berbangsa Cina dan beragama Islam, serta keluarga mereka. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Lo Hei dilambung sebagai lambang perkukuh ikatan dan menyerlahkan masjid sebagai ruang raikan budaya berbilang bangsa.

Ia adalah sebahagian daripada jamuan malam Tahun Baru Cina anjuran Lembaga Pentadbir Masjid Al-Falah yang menganjurkannya bagi relawan dan anggota berbangsa Cina dan beragama Islam, serta keluarga mereka.

Turut diundang ke majlis jamuan makan malam pada 16 Februari itu ialah rakan-rakan masjid dari Kumpulan Harmoni Antara Kaum (IRHC) Moulmein Cairnhill. Secara keseluruhan, sekitar 40 orang hadir di majlis tersebut.

Pengerusi eksekutif Masjid Al-Falah, Ustaz Khairul Anwar Mohamed Aznan, berkata tujuannya ialah meraikan rakan-rakan berbangsa Cina ke masjid bagi meraikan perayaan itu, sambil turut menjadikan masjid sebagai ruang bagi mereka yang beragama Islam dan berbangsa Cina untuk meraikan warisan budaya mereka.

“Tujuan kami ialah menyerlahkan Islam sebagai agama yang menghargai dan menerima amalan kebudayaan yang tidak bertentangan dengan ajaran agama,” jelas beliau.

Seorang mualaf yang hadir di majlis tersebut, Encik Kaven Siddique Lim, berkata acara itu membantu meningkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian dalam masyarakat.

“Ia memberi kita peluang menghargai budaya dan latar belakang masing-masing. Ia adalah acara yang amat berharga. Agak sukar menyatukan pelbagai bangsa dan agama untuk belajar bukan hanya mengenai budaya lain, malah menghargai budaya sendiri.

“Saya adalah sebahagian daripada masyarakat Cina Muslim Singapura dan saya gembira dapat berkongsi dan memberi pencerahan mengenai identiti kami yang unik – sesuatu yang amat saya hargai,” ujar beliau, yang mewakili Converts Central, sebuah kumpulan yang memberi sokongan kepada mereka yang baru memeluk Islam.

Seorang anggota IRHC Moulmein-Cairnhill yang hadir, Encik Kong Shuo Zhi, 17 tahun, berkata acara di Masjid Al-Falah membuktikan keharmonian antara agama bukanlah sesuatu yang mustahil dicapai.

“Meskipun terdapat konflik (antara agama) di banyak negara di dunia... Singapura membuktikan kita boleh hidup bersama secara harmoni.

“Acara seperti ini juga mencerminkan pergaulan mesra antara mereka yang berbeza agama,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg