Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid Angullia lancar Galeri Warisan, peringati sejarah masjid, sumbangan keluarga Angullia

Aug 24, 2024 | 7:37 PM
Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan (kiri), ditemani Pengerusi Masjid Angullia, Encik Gamal Sulleiman Angullia semasa menghadiri majlis pelancaran Galeri Warisan @ Masjid Angullia pada 24 Ogos. 
Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan (kiri), ditemani Pengerusi Masjid Angullia, Encik Gamal Sulleiman Angullia semasa menghadiri majlis pelancaran Galeri Warisan @ Masjid Angullia pada 24 Ogos.  - Foto MASJID ANGULLIA

Masjid Angullia melancarkan Galeri Warisan yang bertujuan memperingati sejarah masjid dan sumbangan keluarga Angullia di Singapura pada 24 Ogos.

Galeri Warisan @ Masjid Angullia itu, yang diterapkan sebagai salah satu destinasi Jejak Warisan Little India yang dikendalikan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB), juga menunjukkan penghijrahan warga India yang beragama Islam dari India ke Singapura.

Menurut Masjid Angullia dalam satu kiriman media, galeri itu juga bertujuan memaparkan sejarah tentang generasi perintis Singapura serta sumbangan pedagang India dan keluarga Angullia dalam pembinaan identiti kebangsaan.

Ini termasuk kisah sejarah Masjid Angullia di Orchard Road dan di Serangoon Road, serta Wakaf MSE Angullia, yang telah ditubuhkan sejak 1898. 

Pengerusi Masjid Angullia, Encik Gamal Sulleiman Angullia, berkata:

“Masjid Angullia terletak di kawasan pelancongan dan telah diiktiraf sebagai tapak warisan.

“Inilah sebabnya kami mendapat inspirasi untuk membangunkan galeri warisan, supaya sejarah masjid dan sejarah keluarga Angullia dapat ditunjukkan kepada jemaah dan pelancong.”

Majlis pelancaran galeri pada 24 Ogos dihadiri oleh Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan.

Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen, serta pemimpin berbilang agama turut hadir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg