Masjid Assyakirin mula inisiatif tawar sokongan kepada golongan penjaga
Premium
Masjid Assyakirin mula inisiatif tawar sokongan kepada golongan penjaga
Sekitar 30 penjaga telah daftarkan diri bagi sertai Rangkaian Penjaga Assyakirin
Feb 26, 2024 | 5:30 AM
Masjid Assyakirin baru-baru ini telah memulakan satu daya usaha dipanggil, Rangkaian Penjaga Assyakirin, atau ‘Assyakirin Caregiver Network’, yang menyediakan sokongan kepada golongan penjaga yang memerlukan bantuan. Kumpulan di sebalik inisiatif itu terdiri daripada (dalam gambar) Ustaz Muhd Aizat Zulkifli, ketua jabatan penjagaan sosial dan masyarakat di Masjid Assyakirin, dan dua rakan sejabatan – Ustazah Nur Hidayati Aznim dan Ustazah Maria Mohd. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Menjaga orang tersayang yang sudah lanjut usia dan mengalami masalah kesihatan ataupun anak-anak kecil merupakan tugas yang memerlukan banyak perhatian.
Namun, sedang si penjaga sibuk menjalankan tanggungjawabnya itu dengan teliti dan penuh kasih sayang, ada yang sehingga terlupa menjaga kesejahteraan diri sendiri.
Laporan berkaitan
Bantuan kesihatan mental untuk kumpulan berbezaFeb 20, 2024 | 1:54 PM
Sokongan lebih tinggi bagi individu keperluan khas, penjaga Feb 16, 2024 | 8:22 PM

