Yuran bulanan maksimum bagi sekolah pendidikan khas akan dikurangkan kepada $90 berbanding $150 sebelum ini.
Had yuran di semua pusat jagaan pelajar berkeperluan khas juga akan dikurangkan.
Ini merupakan sebahagian daripada langkah pemerintah mengurangkan kos yang perlu dihadapi keluarga yang mempunyai kanak-kanak dengan keperluan khas.
Had pendapatan bagi warga yang menuntut pelepasan cukai berkaitan tanggungan akan dinaikkan daripada $4,000 sekarang kepada $8,000 mulai Tahun Taksiran 2025.
Langkah itu akan membolehkan lebih ramai warga Singapura menikmati pelepasan cukai jika mereka mempunyai tanggungan.
Pelepasan cukai itu juga diberikan kepada ibu bekerja yang mempunyai anak, serta pembayar cukai yang membuat tokokan kepada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pasangan atau adik-beradik mereka.
Golongan individu berkeperluan khas akan diberi lebih banyak sokongan pekerjaan dan integrasi dalam masyarakat.
Antaranya, pemerintah akan memperluas ruang di ‘sheltered workshop’ dan pusat aktiviti di mana mereka menerima latihan.
Pemerintah juga akan melancarkan lebih banyak Hab Khidmat Pengupayaan dengan mereka boleh menerima sokongan masyarakat.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg